Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekonomi AS di tahap paling kukuh dalam 40 tahun: Fed

Pembuat dasar bank pusat janji terus ambil langkah berhati-hati walaupun ada jangkaan kenaikan inflasi
Mar 19, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat sedang menuju ke arah pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh hampir 40 tahun, kata Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat kelmarin, dengan pembuat dasar bank pusat itu berjanji untuk terus mengambil langkah berhati-hati walaupun ada jangkaan kenaikan inflasi.



"Data kukuh ada di depan kita," kata Pengerusi Fed Jerome Powell dengan yakin selepas mesyuarat dasar selama dua hari, yang menyenaraikan pelbagai faktor yang dijangka pegawai Fed akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi 6.5 peratus tahun ini - daripada rangsangan fiskal persekutuan yang besar sehinggalah kepada keyakinan terhadap kejayaan vaksin koronavirus.



"Cek (rangsangan) sedang dikeluarkan... kes Covid-19 terus turun. Vaksinasi berlangsung dengan lancar," kata Encik Powell, menandakan satu detik penting di mana badan pegawai ekonomi Amerika itu menjangkakan pertumbuhan di negara itu akan menyaingi China tahun ini, malah lebih pantas daripada Eropah dan Jepun.



Malah, pegawai Fed menjangka ekonomi akan tumbuh melebihi paras jangka panjang sekurang-kurangnya buat dua tahun akan datang - 3.3 peratus pada 2022 dan 2.2 peratus pada 2023 - dibanding dengan jangkaan pertumbuhan potensi jangka panjang hanya 1.8 peratus.



Sedang inflasi dijangka melonjak mencapai 2.4 peratus tahun ini, melebihi sasaran 2 peratus bank pusat, Encik Powell berkata perkara itu dilihat sebagai lonjakan sementara yang tidak akan mengubah janji Fed untuk mengekalkan penanda aras kadar faedah semalaman kepada hampir sifar peratus.



Ini sebagai sebahagian usaha memastikan kelembapan ekonomi ekoran wabak Covid-19 dapat dipulihkan sepenuhnya.



Namun, pendapat dalam kalangan 18 pembuat dasar Fed telah sedikit berubah, dengan empat daripada mereka kini menjangka kadar faedah itu mungkin perlu meningkat tahun depan dengan tujuh melihat kenaikan kadar pada 2023.



Tetapi dalam mengetepikan jangkaan kenaikan inflasi tahun ini tanpa sebarang tindak balas dasar, Fed berpegang teguh pada kerangka barunya dengan janji untuk tidak bertindak balas secara berlebihan pada petunjuk awal kenaikan harga, reaksi yang pada masa lalu dirasakan telah menyebabkan pengurangan tempoh pertumbuhan sebelum pekerja dapat merasakan faedah sepenuhnya.



Pegawai Fed kini menjangka inflasi akan tetap naik sederhana walaupun kadar pengangguran akan terus turun.



Encik Powell berkata "sebahagian besar" ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang menetapkan dasar tidak menjangka ada kenaikan kadar faedah sehingga sekurang-kurangnya 2024.



Beliau menambah bahawa masih terlalu awal untuk membicarakan mengenai usaha pengurangan semula bon dan tindakan lain yang dilakukan Fed untuk merancakkan ekonomi.



Kenyataan dasar FOMC, yang mengekalkan penanda aras kadar faedah semalaman dalam julat sasaran 0-0.25 peratus, dicapai sebulat suara.



"Kami beriltizam untuk memberi dukungan ekonomi yang diperlukannya untuk tumbuh kembali secepat mungkin kepada keadaan pekerjaan maksimum," kata Encik Powell dalam satu taklimat setelah Fed mengeluarkan ramalan ekonomi baru dan kenyataan dasar terbaru.



"Kami sebenarnya belum selesai. Kami jelas berada di landasan yang baik. Tetapi kami belum selesai... Terdapat 10 juta orang yang perlu kembali bekerja." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >