Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ekonomi dijangka dibuka semula Okt: Muhyiddin

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka membuka semula ekonominya dan menarik balik kawalan pergerakan untuk kebanyakan negeri seawal Oktober sedang ia meningkatkan program imunisasi Covid-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Parlimen semalam.



Beliu berkata demikian semasa memberi taklimat kepada penggubal undang-undang mengenai Pelan Pemulihan Nasional (NRP), yang menggariskan cara kerajaan merancang keluar daripada sekatan pergerakan yang diperkenal pada Mei dan sedang berjalan di seluruh negara.



"Insya Allah, dengan usaha berterusan untuk memacu proses pemulihan dan program imunisasi berjalan lancar, kami menjangka kebanyakan negeri akan memasuki fasa keempat seawal Oktober," katanya.



Tan Sri Muhyiddin juga menggariskan tiga paksi utama untuk menangani ancaman Covid-19 terhadap kesihatan rakyat.



Menurut beliau, pertama ialah memutuskan rantaian penularan pandemik melalui pemerkasaan ujian saringan, pengesanan kontak dan langkah pengasingan.



"Kedua mengurangkan kadar morbiditi dan kematian melalui peningkatan kapasiti sistem penjagaan kesihatan termasuk mengoptimumkan kapasiti hospital pengajar universiti, kapasiti di bawah Kementerian Pertahanan dan juga melalui penyumberan luar ke hospital swasta.



"Selain itu, ketiga adalah melindungi kesihatan rakyat secara keseluruhan dengan menyediakan sokongan yang mencukupi bagi keperluan selain Covid-19.



"Kerajaan juga menyedari impak pandemik ini kepada aspek kesihatan mental rakyat Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah khusus telah diambil bagi menyelesaikan cabaran yang dialami rakyat berkaitan isu kesihatan mental seperti mewujudkan talian sokongan psikososial di bawah Kementerian Kesihatan dan penyaluran dana kepada NGO berkaitan kesihatan mental," katanya.



Mengambil perhatian bahawa kes boleh meningkat di daerah-daerah tertentu, Tan Sri Muhyiddin berkata kerajaan akan bertindak mengetatkan sekatan berdasarkan wilayah dan bukan melaksana sekatan menyeluruh di seluruh negeri atau wilayah.



Hingga kelmarin, 5.4 juta orang, yang membentuk 16.5 peratus penduduk negara ini, telah menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.



Lebih 11.5 juta orang, atau 35.2 peratus penduduk, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Semalam menyaksikan jangkitan baru Covid-19 di Malaysia berjumlah 14,516 dalam tempoh 24 jam, kurang hampir 3,000 kes daripada angka tertinggi 17,045 kes kelmarin.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam ciapannya di laman Twitter memaklumkan kes baru itu menjadikan jangkitan Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,027,954 hingga semalam.



Selangor terus mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 6,508 kes. Ini disusuli Johor dengan 1,449 kes baru semalam, berbanding 950 kelmarin.



Kuala Lumpur mencatat 1,425 kes baru semalam, berbanding 2,045 kelmarin, diikuti Kedah (1,160) dan Sabah (720).



Di Perlis, peningkatan jangkitan Covid-19 dikatakan berpunca daripada individu yang rentas negeri.



Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Encik Azman Mohd Yusof, berkata kewujudkan kes di Perlis membabitkan kes import atau kes tempatan yang berjangkit daripada mereka yang datang atau pergi ke zon merah.



Perlis mencatat 10 kes baru kelmarin, iaitu dua kes import dan lapan kes jangkitan tempatan yang turut melibatkan kontak rapat yang menghadiri sebuah pengebumian di Kedah. - ST, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >