Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Ekonomi dunia menuju risiko bergelora'

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata bahawa ekonomi dunia sedang menuju ke arah 'risiko bergelora' sedang ia menurunkan unjuran pertumbuhan globalnya untuk tahun depan dan memberi amaran tentang kemelesetan yang teruk di seluruh dunia jika penggubal dasar silap mengendalikan usaha menentang inflasi.



Penilaian suram itu diperincikan dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia yang diawasi rapat oleh IMF sedang pegawai ekonomi tertinggi dunia berada di Washington untuk mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF.



IMF berkata risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah serta ekonomi yang perlahan di seluruh dunia.



Sejak tiga tahun, dunia menempuh kehidupan penuh kejadian yang tidak pernah tergambar dan ia memberi akibat buruk yang amat ketara, kata IMF dalam kenyataannya sambil memetik wabak koronavirus, pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan bencana iklim.



IMF berkata ekonomi global telah beralih daripada persekitaran inflasi dan kadar faedah rendah kepada dunia yang "lebih terdedah dan rapuh."



Dianggarkan kira-kira satu pertiga daripada ekonomi dunia akan mencatat pertumbuhan negatif untuk sekurang-kurangnya dua suku berturut-turut pada tahun ini dan tahun depan serta sekitar AS$4 trilion ($5.76 trilion) akan hilang menjelang 2026 disebabkan oleh kelembapan ekonomi global - hampir bersamaan dengan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Jerman.



Inflasi pula sangat tinggi bagi mengetatkan kedudukan kewangan yang meningkat dengan cepat daripada jangkaan asal, kata IMF pada mesyuarat tahunan Bank Dunia-IMF di Washington .



China pula bergelut dengan gangguan Covid-19 dan turun naik pasaran perumahan yang turut mengheret ekonomi global manakala kadar faedah tinggi telah 'mula terkesan' di Amerika Syarikat (AS).



Presiden Bank Dunia, Encik David Malpass berkata dunia juga berhadapan risiko kemelesetan ekonomi tahun depan manakala ekonomi maju juga semakin perlahan.



"Penurunan nilai mata wang bermakna paras hutang bagi negara membangun semakin membebankan. Kenaikan kadar faedah mewujudkan beban tambahan. Inflasi masih merupakan masalah utama bagi semua orang terutama bagi golongan miskin," katanya.



Bank Dunia itu menganggarkan pandemik Covid-19 mengheret kira-kira 70 juta orang ke kancah kemiskinan tegar pada 2020, peningkatan terbesar dalam tempoh setahun sejak pemantauan kemiskinan global bermula pada 1990 manakala dianggarkan 719 juta orang lagi hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$2.15 sehari menjelang akhir 2020, menurut laporan yang dikeluarkan Rabu lalu.



Ketua Bank Dunia itu berkata antara isu utama ekonomi global kini adalah bagaimana untuk meningkatkan pengeluaran dan pertumbuhan lebih tinggi.



"Ini patut dimulakan oleh ekonomi maju. Mereka mempunyai lebih banyak modal dan keupayaan untuk mengaplikasikannya dalam pelbagai sektor. Itu akan membantu menangani inflasi," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >