Topic followed successfully
Go to BHkuEkonomi AS kuncup 4.8% suku pertama
Ekonomi AS kuncup 4.8% suku pertama
Ekonomi AS kuncup 4.8% suku pertama
WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat menguncup 4.8 peratus bagi suku pertama tahun ini, penurunan paling ketara sejak krisis kewangan lebih sedekad lalu sedang pandemik koronavirus terus melumpuhkan aktiviti ekonomi negara itu - sekaligus mengakhiri peluasan ekonomi yang dinikmati untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Hasil dalam negara kasar (GDP) ukuran paling meluas bagi barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan merentasi ekonomi negara itu, mencatat kejatuhan menurut kadar tahunan yang disesuaikan secara musiman sebanyak 4.8 peratus bagi tempoh tiga bulan dari Januari hingga Mac, menurut Jabatan Kewangan mengenai bacaan pertama data hari ini.
Ini merupakan penurunan pertama sejak tiga bulan 2014, dan terburuk sejak suku pertama 2009, apabila ekonomi menguncup 4.4 peratus di tengah-tengah krisis kewangan. - Agensi

