Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ekonomi Thai catat penguncupan tertinggi dalam lapan tahun bagi suku pertama

May 18, 2020 | 3:10 PM
KELEMBAPAN EKONOMI: Seorang lelaki tidur di pantai di Pattaya, Thailand, yang selalunya padat dengan pelancong, menyusuli penularan penyakit koronavirus, semasa gambar dirakamkan pada 26 April lalu.
KELEMBAPAN EKONOMI: Seorang lelaki tidur di pantai di Pattaya, Thailand, yang selalunya padat dengan pelancong, menyusuli penularan penyakit koronavirus, semasa gambar dirakamkan pada 26 April lalu. - - Foto: REUTERS

BANGKOK: Ekonomi Thailand menguncup pada tahap paling tinggi dalam lapan tahun pada suku pertama tetapi kurang dari yang dijangkakan, kerana wabak koronavirius melanda pelancongan dan aktiviti domestik negara itu.

Agensi perancang negara, melaporkan hari ini data Januari-Mac, telah mengurangkan ramalannya untuk produk hasil dalam negara kasar (KDNK) 2020 kepada penguncupan 5-6 peratus dari pertumbuhan 1.5 hingga 2.5 peratus yang disasarkan pada Februari lalu.

Ia merupakan penurunan terburuk sejak 1998 ketika krisis kewangan Asia menjejas ekonomi.

Agensi ini juga mengurangkan unjurannya untuk jumlah eksport dan pelancong asing tahun ini, pemacu utama pertumbuhan Thailand.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara menyusut 1.8 peratus pada suku pertama dari tahun sebelumnya, penguncupan tertinggi sejak suku keempat 2011, ketika berlaku banjir teruk. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg