Topik diikuti
Pergi ke BHkuEkor pesawat QZ8501 akan diapung bagi permudah cari kotak hitam
Jan 9, 2015 | 5:30 AM
Ekor pesawat QZ8501 akan diapung bagi permudah cari kotak hitam
JAKARTA: Dua beg pelampung dengan keupayaan mengangkat muatan seberat lima tan akan digunakan bagi mengapungkan ekor pesawat penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia ke permukaan air dari dasar laut.
Langkah menimbulkan ekor pesawat tersebut ke permukaan laut diharap memudahkan usaha mencari kotak hitam dan perakam suara pesawat itu kerana dua alat tersebut terletak di bahagian ekornya.