Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Eksekutif Huawei Meng Wanzhou pulang ke China setelah dibebaskan Hakim Canada

Sep 25, 2021 | 03:17 PM



VANCOUVER: Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, berangkat pulang ke China dari Canada pada Jumaat (24 September), setelah mencapai perjanjian dengan pendakwa Amerika Syarikat untuk mengakhiri kes penipuan terhadapnya.



Seorang hakim di Canada mengakhiri prosiding ekstradisi dengan membebaskan Cik Meng selepas memerintahkan syarat jaminan terhadapnya dibatalkan, sekali gus mengakhiri saga perundangan selama hampir tiga tahun, yang menjadi isu diplomatik antara Amerika dan China.



Ketua Hakim Bersekutu Mahkamah Agung British Columbia, Heather Holmes membuat keputusan itu selepas Meng mencapai perjanjian pendakwaan yang ditangguhkan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mengelakkan tuduhan penipuan.



"Saya menandatangani perintah pembebasan," kata Hakim Holmes di akhir prosiding singkat di mana peguam Canada yang bertindak bagi pihak AS meminta penangguhan prosiding dan penghapusan syarat jaminan.



Cik Meng menghabiskan hampir tiga tahun di dalam tahanan rumah di Vancouver ketika mencabar perintah mengekstradisi ke AS untuk menghadapi tuduhan penipuan berkaitan penjualan peralatan oleh anak syarikat Huawei di Iran kerana melanggar sekatan.



Di luar bangunan Mahkamah Agung British Columbia Vancouver, Cik Meng mengucapkan terima kasih kepada hakim, penyokongnya, pegawai China dan pemerintah Canada kerana menegakkan kedaulatan undang-undang.



"Selama tiga tahun terakhir, hidup saya berubah sepenuhnya. Ia adalah masa yang amat mengganggu bagi saya sebagai ibu, isteri dan eksekutif syarikat.



"Saya percaya setiap kesusahan pasti akan berakhir. Ini benar-benar pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup saya," katanya dalam bahasa Inggeris.



Sementara itu, Jabatan Keadilan Canada, mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa Cik Meng kini bebas untuk meninggalkan Canada. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >