Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Elak diburu, gajah jantan lahir tanpa gading: Pakar

Sep 10, 2019 | 11:32 AM



KOTA KINABALU - Menurut laporan The Star, Gajah pigmi Borneo, yang diburu untuk gading mereka di kawasan perhutanan Sabah, mungkin sedang mengalami evolusi di mana mereka lahir tanpa gading.



Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sen Nathan, yang telah memerhatikan corak perubahan yang semakin meningkat ini, mengatakan bahawa kenyataan ini jarang berlaku pada masa lalu.



Tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah gajah yang lahir tanpa gading semakin meningkat di habitat semulajadi mereka.



"Selama lebih dari 20 tahun saya memindahkan tempat tinggal bagi gajah di Borneo, jarang sekali (saya) mencari gajah jantan tanpa gading," katanya.



"Malangnya pada masa kini, fenomena ini menjadi semakin biasa.



"Kami tidak tahu mengapa (ini terjadi) tetapi beberapa saintis percaya bahawa kegiatan pemburuan secara haram mungkin menyebabkan perubahan terhadap populasi gajah di mana mereka lahir tanpa gading."



Dr Sen, yang bertanggungjawab terhadap Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar Sabah, berkata trend itu juga dilihat pada jenis gajah Afrika serta jenis gajah Asia.



"Satu contoh yang baik adalah perubahan yang dapat dilihat di Sri Lanka, di mana lebih dari 90 peratus gajah jantan lahir tanpa gading," katanya, sambil menambah bahawa ia agak sedih melihat haiwan ini kehilangan gading mereka dalam fenomena evolusi yang disebabkan perjuangan mereka untuk terus hidup dengan mengelakkan diri dari pemburuan.



Menurut Dr Sen, gading gajah itu pada dasarnya adalah gigi yang tumbuh menjadi besar. Ia digunakan oleh gajah untuk menggali air atau mineral di dalam tanah. Ia juga digunakan untuk mengikis kulit pohon untuk mendapatkan makanan berserat dan membantu gajah jantan bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian gajah betina.



Dalam sebuah laporan oleh National Geographic, pakar tingkah laku gajah Joyce Poole mendapati bahawa pada waktu perang saudara di Mozambique, di mana banyak gajah dibunuh untuk gading mereka, kajian menunjukkan bahawa kira-kira 32 peratus daripada gajah yang dilahirkan selepas peperangan itu tidak mempunyai gading.



Namun, beliau mendapati bahawa walaupun mereka dilahirkan tanpa gading, mereka tetap mempunyai kesihatan yang baik.



Laporan National Geographic pada bulan November tahun lepas mencatatkan bahawa trend ini juga dilihat di negara-negara yang mempunyai sejarah pemburuan gading secara besaran.



Biasanya, bagi gajah jantan, gading akan tumbuh sewaktu mereka membesar, manakala gajah betina mempunyai gading kecil atau tidak mempunyai gading langsung.



Dr Sen berkata mereka akan terus memerhatikan sama ada trend "lahir tanpa gading" ini benar-benar sedang berlaku di Sabah.



"Terlalu awal untuk (kami) mengatakan bahawa trend tanpa gading ini sedang berlaku di Sabah, tetapi kita hanya boleh mengatakan bahawa kita telah menemui beberapa gajah jantan yang tidak mempunyai gading," katanya.



Sabah mempunyai kira-kira 1,500 hingga 2,000 gajah pigmi yang masih mengalami ancaman daripada kegiatan pemburuan haram. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >