Premium
Emirates berhentikan lagi juruterbang, kru kabin
Syarikat penerbangan antarabangsa diramalkan akan kerugian lebih AS$84 bilion ($116 bilion) tahun ini akibat koronavirus Covid-19 yang telah menjejas teruk perjalanan udara, menurut Penguasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) awal minggu ini. BERITA HARIAN mengupas kesannya kepada syarikat penerbangan di rantau ini, serta pekerja dalam sektor tersebut.
Jun 12, 2020 | 5:30 AM
DIBERHENTIKAN LAGI: Emirates memberhentikan lebih ramai juruterbang dan kru kabin kelmarin dalam hari kedua pemberhentian kerja di salah satu syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia, kata tiga sumber syarikat. - Foto REUTERS -
DUBAI: Emirates memberhentikan lebih ramai juruterbang dan kru kabin kelmarin dalam hari kedua pemberhentian kerja di salah satu syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia, kata tiga sumber syarikat.
Seorang jurucakap Emirates enggan mengulas melebihi kenyataan syarikat itu kelmarin yang berkata sebahagian kakitangannya telah diberhentikan kerja.

