Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat anggota polis AS dipecat akibat kematian lelaki kulit hitam tidak bersenjata

May 27, 2020 | 11:00 AM



MINNEAPOLIS: Empat anggota polis Minneapolis di Amerika Syarikat telah dipecat semalam, sehari selepas video telefon bimbit seorang saksi menunjukkan tindakan salah seorang anggota polis berkenaan melakukan kekerasan ke atas seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata yang kemudian meninggal di sebuah hospital, kata mayor kota itu.



Sebuah video mengenai kejadian petang Isnin itu menunjukkan seorang anggota polis menekan lututnya ke leher lelaki itu yang dikenali sebagai Encik George Floyd, menurut mayor tersebut, Encik Jacob Frey.



"Beliau tidak seharusnya meninggal dunia. Apa yang kami lihat sangat mengerikan, benar-benar menyakitkan," kata Encik Frey semasa taklimat berita semalam.



Encik Frey kemudian mengumumkan di Twitter bahawa keempat-empat anggota polis terlibat dalam penangkapan Encik Floyd telah dipecat.



"Ini adalah langkah yang tepat," tulisnya.



Satu siri tembakan melibatkan anggota polis dan pembunuhan orang kulit hitam sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara dan menyebabkan terbentuknya gerakan Black Lives Matter, yang menuntut penghentian penggunaan kekerasan yang tidak dibenarkan dalam kaum minoriti.



Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat kematian itu, kata Jabatan Polis Minneapolis dalam satu kenyataan semalam. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >