Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Empat AP menang pilihan raya atas tiket GRS boleh kekalkan kerusi'

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen (AP) yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.



Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini kerana kesemua mereka meletakkan jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal Oktober lalu, iaitu sebelum PRU15 berlangsung pada 19 November.



Justeru, beliau berkata empat AP itu tidak melanggar Akta Anti-Lompat Parti yang berkuat kuasa pada 5 Oktober lalu.



"Saya ingin membuat penjelasan mengenai empat AP GRS yang tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.



"Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, keempat-empat AP Bersatu ini sudah meletak jawatan dalam parti pada awal Oktober iaitu sebelum PRU15.



"Jika itu situasinya, saya bersetuju dengan Peguam Perlembagaan, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad yang mana Akta Anti-Lompat Parti tidak tertakhluk ke atas mereka," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.



Kenyataan itu dikeluarkan Datuk Wan Junaidi dan Datuk Tengku Fuad, yang juga penasihat undang-undang kerajaan Sabah.



Datuk Wan Junaidi juga merupakan menteri yang menyelia kelulusan undang-undang anti-lompat parti awal tahun ini.



Sebelum ini, beliau berkata empat AP yang bertanding atas tiket GRS semasa PRU15 itu dan telah meninggalkan Bersatu itu harus mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.



Sehubungan itu, beliau berkata pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan menyusuli pengosongan kerusi tersebut.



Empat AP GRS yang terbabit itu ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Encik Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Encik Matbali Musah (Sipitang).



Sabtu lau, Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengumumkan bahawa kesemua Ahli Parlimen Bersatu Sabah - kecuali Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee - akan keluar parti sementara mengikrarkan sokongan untuk GRS.



"Keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.



"Ini kerana di peringkat Persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Sabah mahukan kestabilan politik dan perpaduan. Kami mahu memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan Sabah dan untuk melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya lalu," ujar beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook GRS. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >