Empat askar terkorban dan lima lain cedera selepas sebuah helikopter terhempas dalam satu latihan di Pulau Jawa, Indonesia hari ini (6 Jun), kata seorang pegawai tentera.
Mereka sedang menjalani latihan penerbangan apabila helikopter MI-17 itu terhempas dan terbakar di wilayah Jawa tengah, menurut laporan AFP.
"Kejadian ini menyebabkan kematian empat anggota kru dan mencederakan lima lain," kata Brigadier Jeneral Nefra Firdaus, jurucakap Tentera Indonesia dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, sebelum kemalangan itu, helikopter itu telah menjalani pemeriksaan sebelum terbang dan didapati dalam keadaan baik.
Punca kemalangan itu masih dalam siasatan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg