Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat hospital di Terengganu, dua di Kelantan turut dilanda banjir

Dec 20, 2022 | 01:19 PM



PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam hospital dan puluhan klinik kesihatan di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat banjir.



Hospital terjejas di Kelantan membabitkan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh, manakala empat di Terengganu iaitu Hospital Kemaman, Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua perkhidmatan di HRPZ II masih beroperasi seperti biasa walaupun bangunan hospital dimasuki air.



"Perkhidmatan Makmal, Perkhidmatan Pengimejan dan Diagnostik di HTA dihentikan sementara waktu. Penutupan bekalan kuasa dalaman dilakukan bagi melindungi peralatan daripada rosak akibat litar pintas oleh pihak hospital.



"Sebarang keperluan perkhidmatan itu akan dirujuk ke hospital berdekatan iaitu HRPZ II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).



"Sebanyak 19 pesakit dari HTA dipindahkan ke HRPZ II dan HUSM kerana dikhuatiri paras air banjir akan meningkat pada bila-bila masa. Pemindahan pesakit ini diuruskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kelantan," katanya dalam kenyataan pada Selasa (20 Disember).



Dr Noor Hisham berkata, peningkatan paras air akibat banjir menyebabkan limpahan air ke dalam ruang Jabatan Kecemasan dan Dewan Bersalin di Hospital Kemaman pada malam Ahad lalu, namun surut pada pagi keesokannya.



"Peningkatan paras air mendadak di kawasan berhampiran Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu menyebabkan laluan ke hospital dan kawasan sekitar terputus dan hanya dapat dilalui menggunakan kenderaan air atau udara.



"Bagaimanapun, hospital-hospital ini sudah bersedia untuk menghadapi bencana banjir dengan keperluan bekalan perubatan, makanan dan pakai buang yang mencukupi," katanya.



Beliau berkata, sebanyak 32 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Kelantan iaitu 22 klinik desa dan 10 klinik kesihatan.



"Daripada jumlah itu, tujuh fasiliti kesihatan masih beroperasi, manakala 22 pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif dan tiga tidak beroperasi.



"Sebanyak 40 kemudahan kesihatan terjejas banjir di Terengganu iaitu 27 klinik desa, lima klinik kesihatan, empat klinik pergigian, tiga Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan satu Unit Vektor di Jabatan Kesihatan Negeri.



"Daripada jumlah ini, sebanyak 19 fasiliti kesihatan masih beroperasi, enam pindah operasi ke fasiliti kesihatan alternatif dan 15 tidak beroperasi," katanya. - BERITA HARIAN MALAYSIA (BHM)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >