BEIJING: Empat orang terbunuh dan 23 yang lain cedera ketika gempa bumi menggegarkan wilayah Yunnan, barat daya China, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Gempa di daerah Qiaojia melanda petang semalam, kata pemerintah Yunnan dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya.
Gempa itu melanda bandar Zhaotong, dengan populasi lebih dari enam juta penduduk, dan mencatatkan skala 5,0, menurut pihak berkuasa seismologi pemerintah China.
Agensi berita negeri Xinhua melaporkan hari ini bahawa pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba telah dihantar ke 16 bandar.
China kerap dilanda gempa bumi, terutama di kawasan barat dan barat daya pergunungannya.
Gempa berkekuatan 6.0 pada wilayah Sichuan tahun lalu mengorbankan 13 orang dan mencederakan hampir 200 orang, merosakkan sejumlah besar struktur.
Gempa berkekuatan 7.9 di Sichuan pada tahun 2008 menyebabkan 87,000 orang mati atau hilang. - AFP


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg