Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat pegawai didakwa atas kematian George Floyd, satu hadapi tuduhan pembunuhan tahap kedua

Jun 4, 2020 | 8:27 AM
Bekas pegawai polis Minnesota (ikut putaran jam dari atas, kiri) Derek Chauvin, Tou Thao, Thomas Lane dan J. Alexander Kueng, didakwa kerana terlibat dalam pembunuhan lelaki berkulit hitam George Floyd.
Bekas pegawai polis Minnesota (ikut putaran jam dari atas, kiri) Derek Chauvin, Tou Thao, Thomas Lane dan J. Alexander Kueng, didakwa kerana terlibat dalam pembunuhan lelaki berkulit hitam George Floyd. - REUTERS

MINNEAPOLIS: Pegawai polis Minneapolis berkulit putih yang melutut di leher seorang lelaki kulit hitam yang kemudiannya meninggal dunia, kini akan didakwa dengan pembunuhan tahap kedua, manakala tiga rakan kerjanya akan menghadapi dakwaan, menurut dokumen mahkamah semalam. Kematian George Floyd - yang dituduh cuba membeli rokok menggunakan wang palsu pada 25 Mei lalu telah menimbulkan rasa marah rakyat dengan tunjuk perasaan berlaku di serata Amerika Syarikat mengenai kekejaman polis dan sikap perkauman berleluasa. "Peguam Negara Minnesota Keith Ellison sedang akan dakwaan terhadap Derek Chauvin ke tahap kedua dalam pembunuhan George Floyd dan juga mendakwa tiga pegawai lain," tulis Senator Amerika Syarikat Amy Klobuchar di Twitter. "Ini satu langkah penting untuk keadilan." Chauvin didakwa minggu lalu dengan pembunuhan tahap ketiga yang serupa dengan pembunuhan tanpa niat. Dakwaan pembunuhan tahap kedua tidak menandakan ia dirancang terlebih dahulu tetap membawa hukuman lebih berat. Tiga anggota polis lain yang terlibat telah didakwa dengan membantu dan bersubahat dengan pembunuhan tahap kedua, menurut dokumen itu. - AFP
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg