Subuh
5:43
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Dunia

Empat suspek militan ISIS dibunuh dekat Manila

Jun 26, 2020 | 04:34 PM

MANILA - Pegawai keselamatan Filipina telah membunuh empat suspek militan yang mempunyai kaitan dengan ISIS pada  Jumaat (26 Jun) di sebuah bandar di selatan Manila.

Mereka terbunuh dalam serbuan sekitar tengah malam di sebuah rumah di mana mereka tinggal di sebuah masyarakat  berpagar di daerah Don Bosco di kota Paranaque, hanya satu jam perjalanan dari ibu kota, lapor akhbar The Straits Times.

Salah seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah polis dan cuba melepaskan bom tangan yang meletup sebelum masanya.

Seorang pegawai pula cedera ketika kakinya terkena serpihan.

Laporan polis mengenal pasti mereka yang terbunuh adalah Bensaudi Sali, 37 tahun, Ramin Hussin, Jamal Kalimming, dan seorang wanita berusia 40-an tahun, Merhama Abdul Sawari. - ST

 

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian