Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat suspek pembunuh Presiden Haiti mati ditembak

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



PORT-AU-PRINCE: Empat pembunuh upahan telah ditembak mati sementara dua lain terlibat dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Encik Jovenel Moise ditahan kelmarin, kurang 24 jam selepas pemimpin negara rantau Caribbean itu terbunuh dalam serangan bersenjata di rumahnya.



"Empat pembunuh upahan (mercenaries) telah ditembak mati, dua telah ditahan. Tiga anggota polis yang dijadikan tebusan telah ditemui," kata pengarah agung polis kebangsaan haiti, Encik Leon Charles dalam satu kenyataan di televisyen.



Timbalan Menteri Komunikasi, Encik Frantz Exantus, berkata suspek dipintas Polis Nasional di Pelerin sebelum jam 6 petang, selain maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.



Serangan di kediaman peribadi Moise di bandar Port-au-Prince turut menyebabkan isterinya, Martine cedera dan dirawat di sebuah hospital tempatan sebelum dipindahkan menggunakan ambulans udara ke Pusat Trauma Ryder di Miami.



Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan pertemuan kecemasan di Haiti tengah semalam, dan Perdana Menteri interim, Encik Claude Jospeh, yang sepatutnya diganti minggu ini mengisytiharkan 'pengepungan nasional', memberikan kuasa tambahan eksekutif, selain menegaskan beliau kini berkuasa di negara itu.



Lapangan terbang ditutup di Port-au-Prince susulan kemarahan antarabangsa terhadap insiden terbabit, dan saksi berkata, bandar itu sepi dan tiada pasukan keselamatan tambahan melakukan rondaan.



Encik Joseph berkata, presiden itu dibunuh di rumahnya oleh orang asing bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol, dalam serangan kira-kira jam 1 pagi, selain menegaskan serangan itu akan mendapat pembelaan sewajarnya.



Terdahulu, Duta Haiti ke Washington, Encik Bocchit Edmond memberitahu wartawan bahawa pembunuh itu adalah tentera upahan profesional yang menyamar sebagai ejen Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat dan mungkin sudah meninggalkan negara itu.



"Kami mempunyai rakaman video dan kami percaya mereka tentera upahan," katanya.



Encik Moise mentadbir Haiti, negara termiskin di Amerika selepas keputusan pemilihan legislatif dijadualkan pada 2018, ditunda berikutan pertikaian, termasuk isu bila tempoh pentadbirannya akan tamat.



Pada April lalu, pihak polis Haiti mengesahkan tujuh paderi Katolik termasuk dua rakyat Perancis telah diculik.



Jurucakap Persidangan Uskup Haiti, Pastor Encik Loudger Mazile, memberitahu agensi berita AFP ketika itu, lima paderi dan dua biarawati diculik pada waktu pagi di Croix-des-Bouquets, di timur laut ibu kota Port-au-Prince.



"Ketika itu, mereka dalam perjalanan ke majlis pelantikan ketua paderi dan penculik menuntut tebusan AS$1 juta ($1.35 juta) untuk pembebasan mereka.



"Tebusan termasuk seorang paderi dan seorang biarawati warga Perancis selain empat paderi dan seorang biarawati rakyat Haiti," katanya.



Pada Mac tahun lalu, Dr Jerry Bitar, seorang pakar bedah dilaporkan diculik sebaik meninggalkan kediaman elit di ibu kota untuk ke Hospital Bernard Mevs, kata pembantu pentadbiran hospital, Cik Carla Puzo.



Kes penculikan untuk mendapatkan wang tebusan semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu di tengah-tengah krisis politik dan ekonomi yang menurut Bank Dunia, Haiti sebagai negara termiskin di hemisfera barat.



Malah, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 15 kes penculikan direkodkan pada Januari tahun lalu sahaja dengan penculik menyasarkan serangan tidak sengaja, menculik pelajar sekolah, ahli perniagaan dan pekerja asing. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >