Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enam cedera dalam kes tembakan di sekolah Oakland, California.

Sep 29, 2022 | 1:25 PM
BERI ARAHAN: Seorang pegawai polis memberi arahan kepada para pemandu selepas kejadian tembakan di Oakland, California.
BERI ARAHAN: Seorang pegawai polis memberi arahan kepada para pemandu selepas kejadian tembakan di Oakland, California. - Foto: Reuters

OAKLAND, California: Enam orang ditembak di sebuah kampus di Oakland pada Rabu (28 September) yang menempatkan sekurang-kurangnya tiga sekolah, menyebabkan penutupan dan pemindahan sedang polis tiba di tempat kejadian.

Dua daripada mangsa dimasukkan ke hospital dengan kecederaan yang mengancam nyawa; empat yang lain sama ada dibenar pulang atau tidak lama lagi akan dikeluarkan dari hospital, kata Encik Darren Allison, penolong ketua Jabatan Polis Oakland.

Kesemua mangsa adalah orang dewasa yang mempunyai "kaitan dengan sekolah", kata Encik Allison, walaupun beliau tidak menyatakan umur mereka atau jika mereka pelajar atau pekerja.

Pihak berkuasa sedang mencari seorang penembak, kata Encik Allison, tetapi beliau menyatakan bahawa mungkin ada "individu lain yang terlibat" dalam insiden itu, yang bermula kira-kira 12.45 tengah hari (3.45 pagi waktu Singapura).

Tambahnya, Jabatan Polis masih menyiasat sama ada tembakan itu disasarkan atau rambang.

Kes tembakan berlaku di kompleks King Estate, di mana empat program sekolah berbeza terletak: ibu pejabat untuk Kajian Bebas Sojourner Truth; Sekolah Teknologi Bay Area, program piagam bagi pelajar dalam gred enam hingga 12; Sekolah Menengah Lanjutan Rudsdale; dan Sekolah Tinggi Rudsdale Newcomer.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg