Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enam maut bila puting beliung landa Myanmar

Apr 22, 2023 | 11:00 PM
CUACA BURUK: Selain berdepan puting beliung, Myanmar juga berdepan dengan cuaca panas melampau akibat gelombang haba. - Foto
CUACA BURUK: Selain berdepan puting beliung, Myanmar juga berdepan dengan cuaca panas melampau akibat gelombang haba. - Foto - AFP

YANGON: Enam maut dan 109 lagi cedera apabila puting beliung kuat membadai tengah Myanmar, pada Jumaat (21 Apr), lapor agensi berita Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.

Insiden berlaku di perkampungan di pekan Lewe, Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw, 6.45 petang waktu tempatan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Myanmar.

"Enam terkorban di tempat kejadian, manakala 109 lagi mengalami kecederaan akibat angin kencang.

"Seramai 16 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal," kata pegawai polis tempatan kepada Xinhua, hari ini (22 Apr), sambil memaklumkan tiada lagi kematian dilaporkan setakat pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Thailand berkata, mangsa yang cedera dirawat di hospital di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw. Operasi menyelamat masih diteruskan.

Katanya, mangsa terkorban membabitkan dua lelaki dan empat perempuan. Puting beliung juga menyebabkan lebih 200 kediaman mengalami kerosakan. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg