Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam terkorban akibat Taufan Mitag di Korea Selatan

Oct 03, 2019 | 06:22 PM



SEOUL - Enam orang terkorban dan beberapa lagi hilang setelah Taufan Mitag melanda Korea Selatan bersama hujan lebat dan angin kencang.





Mitag, taufan ke-18 tahun ini, melanda daerah selatan negara itu malam semalam (2 Oktober), menyebabkan amaran banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.



Dalam kalangan yang terkorban, ada yang tertimbus di bawah bangunan yang runtuh, dan ada yang lemas, menurut Kementerian Dalaman dan Keselamatan.



Seorang wanita, dalam lingkungan 70an tahun terkorban setelah dibawa oleh angin kencang di daerah selatan timur bandar Pohang manakala seorang lagi wanita terkorban apabila hujan lebat menyebabkan rumahnya runtuh semasa beliau sedang tidur.



Jumlah terkorban dijangka meningkat, dengan beberapa orang dilaporkan hilang.



Di bandar pelabuhan daerah selatan Busan - salah satu kawasan yang teruk dilanda bencana ini - sekitar 600 penyelamat sedang mencari empat orang yang dipercayai terperangkap di bawah tanah runtuh.



“Sebahagian besar pasir dan tanah merosot turun beratus meter dan serta-merta menimbus sebuah rumah dan restoran,” kata seorang saksi, menurut agensi berita Yonhap.



Lebih 100 rumah dan struktur swasta kebanjiran, dengan lebih 1,500 memindahkan diri dari rumah di daerah selatan timur, kata kementerian itu.



Sekitar 44,045 rumah dan bangunan mengalami gangguan kuasa antara Rabu dan Khamis, di mana 83 peratus daripadanya telah pulih, kata Korporasi Kuasa Elektrik Korea awal hari ini. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >