Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS enggan tingkat semula jumlah penerbangan ke China

May 17, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Tiga tahun selepas sekatan pengasingan Covid-19, sempadan China akhirnya dibuka semula.



Namun, syarikat-syarikat penerbangan Amerika Syarikat tidak terburu-buru mengembalikan perkhidmatan yang menghubungkan dua ekonomi terbesar dunia itu.



Penerbangan terus antara Amerika dan China mencapai sekitar 340 penerbangan setiap minggu sebelum pandemik.



Kini, jumlah penerbangan tersebut telah turun kepada sekitar 24 penerbangan setiap minggu secara maksimum.



Menurut suatu sumber, tiga syarikat penerbangan terbesar Amerika - American, Delta dan United - akan terus lakukan penerbangan pada kadar pandemik.



Keengganan meningkatkan semula bilangan penerbangan disebabkan pertikaian mengenai sekatan ruang udara Russia yang dikenakan kepada kira-kira tiga puluh negara, termasuk Amerika, tetapi bukan China.



Syarikat-syarikat penerbangan Amerika tidak berhajat meningkatkan semula jumlah penerbangan sehingga China berhenti menggunakan laluan Artik di atas Russia untuk tiba di Amerika.



Kebolehan China menggunakan laluan tersebut memberi syarikat-syarikat China kelebihan kerana tambang dan kos bahan api lebih rendah serta masa penerbangan yang lebih singkat.



Syarikat penerbangan Amerika, United Airlines, dan kumpulan lobi mereka, Airlines for America, sedang menggesa pemerintah Presiden Encik Joe Biden untuk menyekat pesaing China daripada menggunakan ruang udara Russia.



"Penyekatan ini merupakan sesuatu yang pemerintah boleh dan perlu lakukan kerana ia bukan sahaja penting untuk daya saing industri tetapi juga daya saing Amerika," kata Encik Keith Glatz, naib presiden kanan kumpulan itu bagi hal ehwal antarabangsa.



Seorang pegawai kanan pemerintah Encik Biden berkata bahawa Rumah Putih sedar akan kebimbangan syarikat penerbangan itu.



Syarikat penerbangan Amerika itu juga menyatakan bahawa sekatan laluan ruang udara Russia telah menyebabkan tiga syarikat penerbangan terbesar Amerika menelan kos sebanyak AS$2 bilion ($2.7 bilion) setiap tahun.



Penyekatan laluan itu memaksa kapal-kapal terbang Amerika membawa beribu-ribu liter bahan api tambahan yang diperlukan untuk penerbangan yang lebih lama dan menyekat berpuluh-puluh tempat duduk penumpang serta mengurangkan kargo dalam pegangan pesawat.



Menurut Tourism Economics, bilangan penumpang yang melakukan perjalanan antara Amerika dan China pada 2023 dijangkakan mencecah 1.75 juta, kira-kira 32 peratus daripada 5.48 juta pada 2019.



Bilangan penumpang Amerika ke China dijangkakan mencecah paras 2019 pada 2028 dan pelancong dari China ke Amerika akan melebihi paras 2019 pada 2026.



Dalam satu kenyataan kepada CNBC, ketua pegawai eksekutif American Airlines, Encik Robert Isom, berkata beliau berharap akan ada resolusi diplomatik kerana tidak boleh ada ketidakadilan dalam saingan industri ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >