Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enjin pesawat Philippine Airlines terbakar, buat pendaratan kecemasan

Nov 22, 2019 | 3:32 PM
ENJIN TERBAKAR: Saksi yang melihat kejadian itu melaporkan mereka nampak api di enjin pesawat penerbangan PR113 yang kemudian membuat pendaratan kecemasan di Los Angeles.
ENJIN TERBAKAR: Saksi yang melihat kejadian itu melaporkan mereka nampak api di enjin pesawat penerbangan PR113 yang kemudian membuat pendaratan kecemasan di Los Angeles. - Foto KRISANKARLO/TWITTER

LOS ANGELES: Sebuah penerbangan Philippine Airlines yang sedang menuju ke Manila, Filipina, mengalami kerosakan enjin semalam (21 Nov) sejurus selepas berlepas dari Los Angeles dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Juruterbang penerbangan PR113 itu mengisytiharkan kecemasan dan melaporkan kemungkinan kerosakan enjin dalam pesawat Boeing 777 itu, kata jurucakap Lapangan Terbang Los Angeles.

Watch on YouTube

Saksi yang melihat kejadian itu berkata mereka melihat api di enjin pesawat tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dan tidak diketahui jumlah penumpang dalam penerbangan itu.

Footage from inside Philippine Airlines Flight 113 shared with me from the woman who shot this, she says she started praying and that's when the plane banked back to LAX. @KFIAM640 pic.twitter.com/NnNC68cgsa - Kris Ankarlo (@KrisAnkarlo) November 21, 2019

Menurut Penguasa Penerbangan Federal (FAA) Amerika Syarikat, pesawat itu kembali ke Los Angeles da mendarat tanpa sebarang insiden.

Pesawat itu mendarat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan dengan disambut Jabatan Bomba Los Angeles.

Kejadian itu juga tidak menjejas penerbangan lain. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg