Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Erdogan cenderung adakan pilihan raya ikut jadual pada Jun

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



ANKARA: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, cenderung mengadakan pilihan raya Jun ini, sebagaimana dijadualkan, setelah sebelum ini beliau berhasrat menangguhkannya dek gempa bumi dahsyat bulan ini, tiga pegawai memberitahu Reuters pada Rabu.



Encik Erdogan, yang bulan lalu menyasarkan melanjutkan pemerintahannya ke dekad ketiga, berkata beliau sedang menimbangkan untuk mempercepat pilihan raya presiden dan parlimen ke Mei, bagi mengelakkan cuti pada Jun.



Pilihan raya yang akan berlangsung itu membentangkan cabaran pilihan raya terbesar bagi Encik Erdo-gan.



Beberapa hari selepas gempa bumi pada 6 Februari, yang mengorbankan lebih 42,000 jiwa di Turkey, seorang pegawai berkata ia menimbulkan "kesukaran serius" untuk mengadakan pilihan raya tepat pada masanya.



Kini mereka yang rapat dengan presiden berkata pemerintah menentang idea penangguhan pilihan raya itu.



"Kemungkinan besar persetujuan akan dicapai untuk mengadakan pilihan raya pada 18 Jun," kata seorang pegawai pemerintah, sambil menambah bahawa Encik Erdogan dan sekutu nasionalisnya, Encik Devlet Bahceli, akan bertemu untuk mencapai keputusan muktamad.



Beliau berkata idea penangguhan pilihan raya dibayangi oleh persepsi bahawa pemerintah sengaja mengelak pilihan raya, oleh respons negatif pembangkang terhadap idea itu, dan oleh isu undang-undang berkaitan dengan perlembagaan.



Beliau dan pegawai lain bercakap tanpa mengatakan nama mereka kerana mereka tidak diberi kuasa bercakap secara terbuka mengenai isu itu.



Pejabat presiden dan Parti AK pimpinan Erdogan yang memerintah tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai masa pilihan raya.



Sebelum gempa itu, populariti Encik Erdogan terhakis oleh kos sara hidup yang melambung tinggi dan kemerosotan nilai mata wang lira. Sejak itu beliau berdepan gelombang kritikan terhadap respons kerajaannya terhadap bencana itu.



Pegawai pemerintah itu berkata pilihan raya Mei, yang dirancang Encik Erdogan sebelum ini, akan memberi sedikit masa kepada pihak berkuasa pilihan raya untuk menyediakan dan mengatur logistik bagi pengundian mereka yang terjejas di zon gempa, yang menempatkan kira-kira 13 juta orang. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >