Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA TURKEY

Erdogan dahului pesaing dalam pusingan pertama pilihan raya Turkey

Namun tinjauan pendapat mengenai kemenangannya dalam pilihan raya ini adalah sebaliknya
May 17, 2023 | 05:30 AM



ISTANBUL: Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, bangkit daripada pilihan raya paling sukar dan kini berada dalam kedudukan kukuh untuk melanjutkan dua dekad pemerintahan selama lima tahun lagi dalam pilihan raya penentuan pada 28 Mei ini.



Prestasi pemimpin berusia 69 tahun itu bertentangan dengan tinjauan pendapat dan krisis ekonomi paling teruk di negaranya sejak 1990-an, untuk meraih undi yang tidak dijangkakan semasa pilihan raya presiden Ahad lalu.



Parti sayap kanannya juga mengekalkan kawalan ke atas Parlimen melalui pakatan dengan ultra-nasionalis, dengan Encik Erdogan menyampaikan ucapan kemenangan dari balkoni kepada ribuan penyokong yang bersorak gembira.



Gabungan Perikatan Rakyat pimpinan Encik Erdogan, yang terdiri daripada Parti AK dan rakan nasionalisnya, kelihatan bakal memenangi majoriti di Parlimen dengan 321 daripada 600 kerusi, membantu meningkatkan lagi peluangnya dalam pemilihan presiden peringkat kedua.



Sebelum ini, tinjauan pendapat menunjukkan Encik Erdogan mengekori Encik Kilicdaroglu menjelang pilihan raya, tetapi keputusan terbaru mencadangkan Encik Erdogan dan Parti AKnya dapat menawan pengundi konservatif walaupun berdepan krisis kos sara hidup dan inflasi yang melambung tinggi.



Beliau juga menang di kawasan dilanda gempa bumi Februari lalu yang meragut lebih 50,000 nyawa dan di mana kemarahan terhadap tindak balas lambat pemerintah terhadap bencana terburuk Turkey itu memuncak.



Ahli ekonomi, Encik Timothy Ash, berkata ia adalah kemenangan yang mengejutkan buat Encik Erdogan.



Parti pembangkang utama yang diketuai Encik Kemal Kilicdaroglu gagal menewaskan Encik Erdogan.



"Jangan putus asa," kata Encik Kilicdaroglu memberitahu penyokongnya.



"Kita akan bangkit dan melalui pilihan raya ini bersama-sama," katanya.



Pada pilihan raya presiden itu, Encik Erdogan memperoleh 49.5 peratus undi dan Kilicdaroglu memperoleh 44.9 peratus.



Sementara calon nasionalis, Encik Sinan Ogan, iaitu bekas ahli parti sayap kanan yang menjadi sekutu pemerintah, memenangi 5.2 peratus.



Sokongan beliau sama ada kepada Encik Erdogan atau Encik Kilicdaroglu boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya peringkat kedua kelak.



Peratusan yang keluar mengundi rasmi mencapai rekod 88.9 peratus.



Encik Kilicdaroglu, ketua perikatan enam parti, berikrar untuk menang dalam pusingan kedua pilihan raya itu sambil menuduh parti pemerintah Encik Erdogan mengganggu pengiraan dan pelaporan keputusan.



Beliau menyeru penyokongnya supaya bersabar.



Pemerhati daripada Majlis Eropah pula berkata pilihan raya itu "ditandai dengan medan permainan yang tidak seimbang tetapi masih kompetitif".



"(Mata wang) Lira mencecah paras terendah baru-baru ini berbanding dolar dan saham di Bursa Istanbul jatuh selepas menyedari era ekonomi tidak konvensional Erdogan mungkin belum berakhir.



"Kami fikir Turkey kini mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk peningkatan ketidakstabilan makroekonomi," kata firma perundingan Capital Economics. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >