Eropah cuba beli ujian antibodi pantau warga yang dijangkiti Covid-19
Premium
Eropah cuba beli ujian antibodi pantau warga yang dijangkiti Covid-19
May 16, 2020 | 5:30 AM
TUNJUK PENGHARGAAN: Kakitangan perkhidmatan kesihatan nasional lengkap berpakaian perlindungan daripada Covid-19 mengambil bahagian dalam acara 'bertepuk tanda penghargaan' bagi mereka yang dalam Khidmat Kesihatan Nasional Britain dan mereka yang berada di barisan depan dalam melawan Covid-19 di seluruh negara, di Aintree University Hospital di Liverpool, England. Kelmarin, Britain mengumumkan ia sedang berbincang dengan Roche untuk mendapatkan bekalan ratusan ribu ujian setiap minggu, menggambarkannya sebagai berpotensi mengubah keadaan secara signifikan. - Foto AFP -
ZURICH: Sedang negara di benua Eropah secara berhati-hati melonggarkan perintah sekatan pergerakan masing-masing, banyak pemerintah berusaha membeli ujian antibodi untuk mengetahui berapa banyak warga mereka yang dijangkiti Covid-19.
Langkah itu bertujuan membantu mereka dalam mendapatkan maklumat dan melakar strategi untuk menghindari gelombang kedua kes Covid-19.

