
PARIS: Eropah telah dicengkam oleh wabak selesema burung yang "paling dahsyat" pernah berlaku pada tahun lalu, kata pihak berkuasa kesihatan kelmarin, ketika pakar mengkaji kemungkinan vaksinasi.
Antara Oktober 2021 dengan September 2022, kira-kira 2,500 kes wabak selesema burung dikesan di 37 ladang di Eropah, kata Penguasa Keselamatan Makanan Eropah (Efsa), Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah dan Kesatuan Eropah (EU).
Pada masa ini "kira-kira 50 juta burung telah disembelih" di ladang yang terjejas, lapor Efsa.
Jumlah itu tidak termasuk pemusnahan pencegahan ayam, itik dan ayam belanda yang dilakukan bersama wabak itu, agensi kesihatan memberitahu agensi berita AFP.
Pihak Efsa berkata bahawa "buat pertama kali" tidak ada pemisahan yang ketara antara dua gelombang wabak kerana virus itu tidak dapat dikawal pada musim panas.
Musim luruh ini, wabak itu lebih ganas berbanding tahun lepas pada masa yang sama, dengan bilangan ladang yang dijangkiti 35 peratus lebih tinggi.
Antara 2 September dan 10 Disember tahun ini, kira-kira 400 wabak direkodkan di 18 ladang negara Eropah.
Virus itu juga telah dikesan lebih 600 kali dalam burung liar, terutamanya itik dan angsa, yang menurut laporan itu mungkin menyumbang kepada penyebaran virus antara ladang.
Pihak berkuasa kesihatan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan vaksin untuk menghentikan penyebaran virus.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah berkata risiko jangkitan pada manusia adalah rendah, dan "rendah hingga sederhana" bagi orang yang bersentuhan dengan burung dan ayam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg