Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EU akur latih lebih ramai askar Ukraine

Bilangan ditambah kepada 30,000 bagi perkukuh keupayaan Kyiv bertindak balas terhadap Russia
EC
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan menggandakan bilangan tentera Ukraine yang akan dilatih kepada 30,000 orang, dalam usaha untuk memperkukuh keupayaan Kyiv bertindak balas terhadap Russia, kata pegawai EU kelmarin.



Blok yang dianggotai 27 negara itu menyediakan sebuah program untuk melatih anggota tentera Ukraine pada November lalu, yang pada mulanya melibatkan sekitar 15,000 askar.



"Bilangan itu bakal dipenuhi mungkin menjelang hujung suku kedua tahun ini, dan akan ditambah lagi 15,000, yang akan dilatih oleh beberapa negara anggota EU yang lain," kata seorang pegawai EU.



"Dengan itu, bilangan tentera Ukraine yang akan dilatih menjadi 30,000 orang."



Tambahan itu akan diumumkan secara rasmi dalam satu sidang puncak EU-Ukraine di Kyiv hari ini - dalam usaha sekutu-sekutu Eropah meningkatkan lagi sokongan buat Ukraine.



Beberapa negara anggota EU telah berikrar akan membekalkan kereta kebal buatan Jerman, Leopard 2, kepada Kyiv dan telah mula melatih askar Ukraine menggunakannya.



Namun tidak dijelaskan apakah latihan itu termasuk di bawah rancangan latihan yang telah diatur oleh EU itu.



Latihan EU itu diadakan di beberapa negara Eropah, dengan ibu pejabatnya di Poland.



Negara anggota secara berasingan telah melatih angkatan tentera Kyiv dalam penggunaan sistem persenjataan yang mereka bekalkan.



Amerika Syarikat, Britain dan masyarakat antarabangsa yang menyokong perjuangan Ukraine, turut memberikan latihan tambahan bagi ribuan anggota tentera Ukraine.



Ukraine telah merayu kepada sekutunya untuk mendapatkan bantuan bagi meningkatkan keupayaan tenteranya, menjelang tindakan Russia meningkatkan ofensifnya selepas musim sejuk ini.



Serangan pada musim sejuk ini tertumpu di sekitar bandar Bakhmut, dan telah mengakibatkan kerosakan teruk bagi kedua-dua pihak.



Tentera Russia telah cuba untuk merampas kawalan ke atas Bakhmut di wilayah timur Donetsk selama berbulan-bulan dalam apa yang telah menjadi pertempuran paling lama dan paling berdarah sejak Russia menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu.



Di sebalik aliran senjata Barat, Russia sejak kebelakangan ini mendakwa ia semakin berjaya di rantau itu.



Perjuangan di Bakhmut telah mengubah bandar dengan populasi sebelum perang berjumlah kira-kira 75,000 orang itu menjadi bandar hantu yang dipenuhi dengan besi penghalang kereta kebal dan kereta hangus.



Tiada gas, tiada elektrik, tiada air mengalir di bandar itu. Kira-kira 7,000 orang - kebanyakannya warga emas - masih tinggal di bandar itu walaupun bunyi tembak-menembak artileri, tembakan dan dron berdengung di atas kepala.



Pada Selasa lalu, seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan seorang lelaki berusia 70 tahun terbunuh semasa serangan Russia di bandar itu. - Agensi berita.




Russia pergiat serangan dari darat, udara di timur Ukraine: Zelensky



KYIV: Keadaan di barisan hadapan di timur Ukraine semakin sengit, kata Presiden Volodymyr Zelensky, sedang tentera Russia terus mengasak dari darat untuk menawan beberapa bandar dan kota di wilayah Donetsk, sementara serangan dari udara pula dihalakan ke beberapa lokasi lain.



Encik Zelensky, yang juga ketua turus tentera Ukraine, berkata semasa menyampaikan laporan hariannya kelmarin bahawa "musuh tidak henti-henti melancarkan serangan di Lyman dan Bakhmut, di wilayah timur Donetsk".



Russia juga dikatakan terus mengasak serangan di bandar Vuhledar, sekitar 150 kilometer ke tenggara sekitar Bakhmut, yang menjadi tumpuan sasaran mereka di Donetsk sejak beberapa bulan lalu.



"Tindakan agresif Russia semakin ketara dan memuncak di barisan hadapan di timur negara kami. Keadaan menjadi lebih sengit," kata Encik Zelensky dalam taklimatnya yang disiarkan setiap malam menerusi rakaman video.



Beliau berkata Russia cuba mencari kemenangan untuk dipamerkan sempena ulang tahun pencerobohannya pada 24 Februari.



Semasa gerakan itu, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan tujuh cedera di Kramatorsk.



Ketua pentadbiran tentera di Donetsk, Encik Pavlo Kyrylenko, berkata sebuah roket Russia membedil bangunan kediaman awam di Kramatorsk kelmarin.



Bedilan Russia ke atas Bakhmut mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam terbunuh dan 10 cedera Selasa lalu.



Penguasa yang dilantik Moscow di Donetsk mendakwa tentera Russia "mengepung" sekitar Bakhmut, tetapi Kremlin menafikan dakwaan itu.



Gabenor wilayah utara Chernihiv, Encik Vyacheslav Chaus, berkata empat penduduk mati di lantai bawah sebuah rumah privet akibat bedilan tentera Russia itu kelmarin.



Seorang lagi cedera dan dikejarkan ke pusat perubatan, kata Encik Chaus melalui laman Telegram. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >