Topik diikuti
Pergi ke BHkuEU, Iran bincang isu nuklear

ENCIK MOHAMMAD JAVAD ZARIF: Akan bertemu rakan sejawatan dari Perancis, Britain dan Jerman untuk bincang isu nuklear Iran. - Foto AFP
Jan 10, 2018 | 5:30 AM
EU, Iran bincang isu nuklear
BRUSSELS: Kesatuan Eropah telah menjemput Menteri Luar Iran, Encik Mohammad Javad Zarif, untuk mengadakan perbincangan di Brussels esok bersama rakan sejawatannya dari Perancis, Britain dan Jerman dalam usaha mengekalkan perjanjian yang dicapai bagi membendung cita-cita nuklear Teheran.
Pertemuan antara Encik Zarif dengan tiga pihak dari Eropah yang terlibat dalam perjanjian mercu tanda 2015 itu berlaku selepas Iran memberi amaran kepada dunia kelmarin supaya bersiap bagi Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian tersebut.