Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EU kekal had perjalanan kekang Covid-19

Feb 25, 2021 | 5:30 AM
13659d07-ca69-41ff-bc14-d644e1c3cf04
-

BRUSELLS/BERLIN: Ketua pemerintah Kesatuan Eropah (EU) akan membuat persetujuan hari ini untuk mengekalkan sekatan ke atas perjalanan yang tidak penting dalam EU walaupun eksekutif blok itu meminta enam negara untuk melonggarkan sekatan sempadan pada Selasa lalu.

Tindakan sebelah pihak yang diambil negara-negara EU untuk memerangi penyebaran varian baru koronavirus telah mengganggu peraliran barangan dalam pasaran tunggal yang disertai 27 negara dari blok itu, dengan risiko penutupan sebahagian dari sempadan Perancis dan Jerman.

Draf kesimpulan bagi satu mesyuarat video ketua-ketua EU yang diadakan pada Khamis dan Jumaat minggu ini menyatakan negara-negara akan bersetuju bahawa perjalanan tidak penting masih perlu dihadkan kerana risiko jangkitan Covid-19 masih serius dan varian baru virus itu mendatangkan cabaran tambahan.

"Langkah-langkah sekatan mengenai perjalanan tidak penting masih lagi diperlukan untuk mengekang jangkitan virus itu," menurut Ketua Kesatuan EU Encik Charles Michel dalam satu surat kepada ketua pemerintah EU menjelang mesyuarat itu.

Suruhanjaya Eropah sedang mencari pendekatan teratur untuk menyekat sempadan di kalangan negara-negara EU, dan menyatakan kelmarin bahawa ia telah memberi 10 hari kepada Belgium, Denmark, Finland, Jerman, Hungary dan Sweden untuk memberikan alasan kukuh mengenai sekatan sebelah pihak yang diambil negara-negara ini, yang disifatkan sebagai "keterlaluan" oleh Pesuruhjaya Keadilan Encik Didier Reynders.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Eropah mengatakan bahawa blok itu menghadapi risiko "pemecahan dan gangguan untuk membebaskan pergerakan dan rantaian bekalan - sesuatu yang kita pernah saksikan pada minggu-minggu sebelum ini".

Sebagai satu tindak balas kepada penularan mutasi koranvirus yang lebih berjangkit, sembilan negara EU telah meletakkan semula kawalan sempadan ke atas zon-zon perjalanan bebas pasport.

Suruhanjaya itu menumpukan kepada enam negara, termasuk Jerman dan Belgium, di mana sekatan pergerakan tambahan dikenakan termasuk larangan penuh ke atas perjalanan keluar masuk tidak penting ke Belgium.

Encik Michael Roth, Menteri Eropah Jerman membela tindakan yang diambil Berlin. "Langkah-langkah ini jelas telah meletakkan tekanan besar ke atas kawasan sempadan, tetapi perlindungan terhadap rakyat adalah lebih penting."

Jerman sekarang mahu mengelakkan kawalan sempadan yang ditetapkan tahun lepas, menurut beberapa sumber di Berlin,sedang negara jiran Republik Czech meminta EU untuk melonggarkan sekatan yang diletakkan oleh Jerman. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg