Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

EU lancar badan krisis kesihatan untuk persiap bagi pandemik masa depan

eu
Sep 18, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Kesatuan Eropah (EU) kelmarin melancarkan sebuah badan krisis kesihatan yang akan menyelaras perbelanjaan dana hampir 30 bilion euro ($47.5 bilion) EU untuk mempersiap bagi satu pandemik masa depan.



Penguasa kesediaan dan respons kecemasan kesihatan (Hera) baru itu akan menilai potensi ancaman kesihatan, mempromosikan penyelidikan, memastikan ketersediaan pengeluaran kritikal dan membantu membina stok.



Sekiranya satu krisis kesihatan baru melanda, ia akan mengaktifkan dana kecemasan dan membantu menyelaras pemantauan, perolehan dan pembelian peralatan perubatan atau rawatan.



Pembentukan penguasa itu sebahagiannya dirancang bagi mengelakkan berulangnya langkah-langkah ad hoc yang diambil oleh setiap negara EU pada awal pandemi Covid-19, dengan beberapa daripadanya tidak cekap sementara yang lain diperkenal hingga menjejas anggota EU yang lain.



Hera akan melengkapi badan kesihatan EU yang lain - Agensi Ubat-Ubatan Eropah dan Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah.



Naib Presiden EU Margaritis Schinas berkata kedua-dua agensi itu telah diperkukuh, tetapi itu sahaja tidak mencukupi.



"Kedua-dua agensi itu mempunyai peranan sangat penting untuk dimainkan tetapi terutamanya selepas pandemik menimpa kita," katanya dalam satu sidang media.



"Hera akan menjadi instrumen utama kami untuk menyelaras kesiapsiagaan dan, jika diperlukan, (responsnya)... Inilah yang kami tiada sekarang."



Bersama projek anggota dan perniagaan individu EU, perbelanjaan boleh berjumlah 50 bilion euro.



Sementara itu, EU akan menyumbang 200 juta dos vaksin Covid-19 tambahan kepada negara berpendapatan rendah dan miskin.



Ini disahkan oleh ketua EU Ursula von der Leyen.



"Saya ingin mengumumkan bahawa Suruhanjaya (Eropah) akan menyumbang tambahan 200 juta dos vaksin Covid-19 hingga pertengahan tahun depan.



"Ini merupakan pelaburan dalam perpaduan dan kesihatan global," katanya dalam ucapan tahunan EU Eropah di Parlimen Eropah semalam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >