Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEMELUT POLITIK DI MYANMAR

EU timbang sekatan ke atas tentera Myanmar

AS kenakan tindakan ke atas 2 lagi jeneral yang berperanan dalam rampasan kuasa
Feb 24, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/YANGON: Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran bahawa ia sedang menimbangkan sekatan terhadap Myanmar sementara Amerika Syarikat pula mengenakan tindakan terhadap dua lagi jeneral kerana mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa tentera itu.



Ini sedang sebilangan negara Barat berusaha memberi tekanan kepada pihak junta tentera agar mengelakkan tindakan ganas terhadap rakyat negara itu yang melakukan bantahan besar-besaran.



Mogok umum telah menghentikan kebanyakan perniagaan di negara Asia Tenggara itu sedang orang ramai berkumpul dan membantah secara damai walaupun ada amaran daripada pihak tentera bahawa konfrontasi boleh menyebabkan orang terbunuh.



Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Tom Andrews, berkata berjuta-juta orang telah berarak secara besar-besaran, tidak menghiraukan ancaman junta.



"Pihak jeneral kehilangan kuasa mereka untuk mengancam, dan dengan itu, kekuatan dan kekuasaan mereka. Sudah waktunya mereka mundur, dan bagi rakyat Myanmar maju," kata Encik Andrews di Twitter.



Semalaman, sebilangan pemerintah EU menunjukkan sokongan kepada mereka yang ingin menggagalkan kudeta 1 Februari itu serta mendapatkan pembebasan pemimpin Cik Aung San Suu Kyi yang ditahan sejak tarikh itu.



"Kami tidak bersedia memerhatikan sahaja," kata Menteri Luar Jerman Heiko Maas di Brussels, sambil menambah bahawa sekatan akan dilaksanakan jika diplomasi gagal.



EU sedang menimbangkan sekatan yang akan menyasarkan perniagaan yang dimiliki pihak tentera, tetapi blok itu menolak kemungkinan menyekat perdagangannya untuk mengelak memberi kesan kepada pekerja miskin di Myanmar.



Pasukan keselamatan Myanmar kali ini telah membataskan tindakan kerasnya sejak kudeta berbanding konfrontasi sebelumnya dengan penduduk yang menyokong demokrasi dalam tempoh hampir setengah abad pemerintahan tentera berlaku di negara itu.



Namun tiga penunjuk perasaan telah terbunuh - dua ditembak mati di bandar Mandalay pada Sabtu lalu, dan seorang wanita maut Jumaat lalu setelah ditembak lebih seminggu sebelumnya di ibu kota, Naypyidaw.



Pihak tentera mengatakan seorang anggota polis maut akibat kecederaan yang dialaminya semasa tunjuk perasaan.



Media kendalian tentera pula, Myawaddy News, melaporkan bahawa ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing, berkata pihak tentera sedang mengikuti hala ke arah demokrasi dan, merujuk kepada peluru getah, bahawa mereka ingin menggunakan kekerasan secara minimum. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >