Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook akan henti saran kumpulan bertema politik kepada pengguna

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Ketua Eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg, kelmarin berkata rangkaian sosial itu akan berhenti menyarankan kumpulan bertema politik kepada pengguna, satu langkah yang telahpun diambil di Amerika Syarikat bagi meredakan ketegangan pilihan raya.



Gergasi media sosial ini berharap dapat merubah imejnya yang tercalar akibat kontroversi politik, termasuk langkah wewenang Encik Donald Trump di Rumah Putih.



"Kami merancang untuk mengeluarkan kumpulan si- vik dan politik daripada disarankan kepada pengguna untuk jangka panjang dan kami merancang untuk meluaskan dasar ini ke seluruh dunia," kata Encik Zuckerberg dalam satu panggilan yang menyentuh prestasi pendapatan syarikat itu.



Beliau berkata, Facebook akan mengurangkan kan- dungan politik dalam penyediaan berita untuk pengguna sebagai sebahagian usaha "untuk meredakan bahang dan tidak menggalak perbincangan yang membawa perpecahan".



Langkah yang diambil itu adalah kekal demi membentengi Facebook daripada menjadi wadah yang menyampaikan perutusan ganas atau mengelirukan semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang baru lalu.



Facebook minggu lalu berkata, ia telah menanyakan kepada pakar bebas untuk mengesahkan sama ada tindakan menggantung mantan Presiden Trump kerana "mengapi-apikan pemberontakan" harus dikekalkan.



Keuntungan Facebook meningkat pada tiga bulan terakhir tahun lalu apabila pengguna yang terkesan akibat Covid-19 beralih ke rangkaian sosial terkemuka itu untuk 'bekerja sambil bersenang-senang' sepanjang tempoh itu.



Encik Mark berkata Facebook mencatatkan keuntungan AS$11.2 bilion ($14.93 bilion) dengan meraih pendapatan AS$28 bilion ($37.31 bilion), meningkat 53 peratus dan 33 peratus jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun sebelumnya.



"Kami mengakhiri tahun ini (2020) dengan kukuh kerana pengguna dan perniagaan terus menggunakan perkhidmatan kami pada waktu mencabar ini," katanya.



Facebook mendakwa rangkaian sosial utamanya mempunyai kira-kira 2.8 bilion pengguna sehingga akhir Disember lalu, sementara 3.3 bilion orang menggunakan sekurang-kurangnya salah satu aplikasinya termasuk Instagram, WhatsApp dan Messenger. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >