Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Facebook tubuh pusat operasi khas pantau konflik Israel-Palestin di media sosial

May 21, 2021 | 5:30 AM
b080fbe7-945b-448e-8caf-d292d75a952d
-

NEW YORK: Facebook membangunkan satu pusat operasi khas yang beroperasi selama 24 jam sehari minggu lalu sebagai respons di wadahnya tentang konflik Israel-Palestin, menurut syarikat itu kelmarin.

Salah maklumat, ucapan kebencian dan gesaan melakukan keganasan berleluasa di media sosial di tengah-tengah konflik itu sekarang.

"Operasi ini membolehkan kami memantau keadaan agar kami boleh memadam kandungan yang melanggar piawaian masyarakat dengan lebih pantas, sementara membetulkan kesalahan dalam penguatkuasaan," kata naib presiden bagi dasar kandungan Facebook, Cik Monika Bickert dalam satu sidang maya.

Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi Faisal Farhan semalam berkata konflik Israel-Gaza menyebabkan rantau itu berada dalam "hala tuju yang salah".

Ketika masyarakat antarabangsa meningkatkan usaha diplomatik mendesak ketegangan di rantau itu diredakan, Encik Faisal berkata ia mendorong ke arah salah kerana menyulitkan lagi rundingan damai.

Sebaliknya beliau berkata, konflik itu "memberi kuasa kepada ekstremis".

"Ini memberi kelebihan kepada pihak paling tidak bertoleransi di wilayah kita dan menyukarkan jalan menuju perdamaian.

"Kita perlu bekerjasama menggalakkan pembabitan semua pihak secara serius. Pertamanya, redakan ketegangan bagi menghentikan keganasan, kemudian menyertai rundingan damai bagi penyelesaian terakhir," katanya pada Sidang Puncak Sudan dan Afrika di Perancis.

Penyelesaian akhir itu, tegasnya, "perlu membabitkan Palestin dan Baitulmakdis sebagai ibu negaranya".

"Keutamaan kita adalah memulakan rundingan damai Palestin-Israel. Ini satu-satunya jalan menuju keamanan berterusan," katanya.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seramai 217 rakyat Palestin terkorban, termasuk 63 kanak-kanak, manakala lebih 1,400 cedera susulan pengeboman hampir tanpa henti Israel di kawasan dikendalikan Hamas dalam tempoh seminggu.

Polis berkata, angka kematian di pihak Israel meningkat kepada 12 orang susulan bedilan roket Hamas ke wilayah selatan Eshkol, membunuh dua pekerja kilang warga Thailand dan mencederakan beberapa yang lain.

Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa lalu menyelar Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan berkata pemimpin dunia itu "bertanggungjawab" atas sokongannya kepada Israel dalam konflik yang memuncak di Semenanjung Gaza.

Komen Presiden Turkey itu antara serangan paling keras terhadap Encik Biden sejak memulakan tugasnya di Rumah Putih, Januari lalu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg