Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Faishal kecam pembunuhan AP Britain

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semalam mengecam pembunuhan Anggota Parlimen (AP) Britain, mendiang Encik David Amess, menekankan "keganasan tidak ada dalam Islam atau mana-mana agama".



Ahli politik itu maut ditikam 'berulang kali' ketika satu program di kawasan Parlimennya di Tenggara England kelmarin, lapor saluran berita Britain, Sky News dan BBC.



Mendiang Encik Amess, 69 tahun, sedang mengadakan perjumpaan mingguan dengan penduduk di kawasan Parlimennya di Gereja Methodist Belfairs di pekan Leigh-on-Sea, yang turut diiklankan dalam akaun Twitter rasminya.



Ahli Majlis Konservatif dan bekas Datuk Bandar Southend, Encik John Lamb, yang berada di lokasi, memberitahu akhbar tempatan, Southend Echo: "Apa yang kita tahu ialah David ditikam berulang kali.



Polis Britain mengesahkan kejadian itu dan menyatakan ia menerima laporan berhubung kes tikaman sekitar jam 12.05 tengah hari, waktu tempatan, kelmarin.



"Saya membaca dengan hati yang sayu tentang pembunuhan AP Britain David Amess. Ucapan takziah yang mendalam untuk keluarganya.



"Encik David sedang bertemu dengan penduduknya apabila beliau diserang. Penyerang itu telah diberkas di tempat kejadian," tulisnya di laman Facebook beliau tengah hari semalam.



Polis Metropolitan berkata, siasatan awal mendapati penyerang didorong oleh sikap melampau atau ekstremisme oleh mereka yang mengaku memperjuangkan agama Islam.



"Keganasan tidak ada dalam Islam, atau mana-mana agama," kata Dr Faishal, dan menambah ia adalah satu ingatan jelas bahawa ancaman pengganasan masih wujud.



"Ini adalah satu ancaman kepada kita semua, ke atas kehidupan kita, terutamanya dalam kehidupan majmuk di Singapura.



"Kita bekerja keras untuk membina persefahaman dan menghormati kaum lain," ujarnya.



Ketua pembangkang Britain dari parti Buruh, Encik Keir Starmer, menyifatkan tragedi itu sebagai menggerunkan dan amat mengejutkan.



Mantan perdana menteri dari parti Konservatif, Encik David Cameron, berkata: "Berita amat menggemparkan dan membimbangkan datang dari Leigh-on-Sea.



"Ingatan dan doa saya pada Sir David Amess serta keluarganya," katanya, yang ditukil agensi berita AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >