Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI KONDO RUNTUH DI MIAMI

Famili hanya berharap sedang usaha cari mangsa dipergiat

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



SURFSIDE (Florida): Kira-kira 159 orang masih belum dapat dipastikan nasib mereka sehingga lewat kelmarin setelah runtuhnya sebuah bangunan kediaman di Miami, Amerika Syarikat.



Ini menyebabkan banyak keluarga hanya dapat berharap sedang pasukan mencari dan menyelamat terus berusaha mencari mangsa di tengah-tengah puing bangunan yang runtuh itu.



Sehingga lewat kelmarin, angka kematian rasmi akibat musibah yang berlaku Khamis lalu berjumlah empat orang, dan pasti meningkat, sedang penyelamat terus melawan kebakaran dan asap selain menghadapi keadaan runtuhan yang tidak menentu sedang mereka bertugas sepanjang hari.



Walaupun keadaan tampak suram, dengan bangunan runtuh dilihat bagai penkek - dengan satu lantai menghempap lantai yang lain - penyelamat terus mencari di puing bangunan dengan harapan ada ruang yang terbentuk, meningkatkan kemungkinan mangsa yang terselamat dapat bernafas.



"Kami sentiasa berharap kerana itulah matlamat pasukan mencari dan menyelamat kami, bahawa mereka (mangsa) mempunyai harapan," kata Datuk Bandar Miami-Dade County, Cik Daniella Levine Cava, dalam satu sidang akhbar.



Namun jumlah nasib mereka yang hilang kekal sama sepanjang hari, yang bermakna pasukan penyelamat belum menemui mayat atau mangsa yang terselamat.



Dibantu oleh anjing, kamera dan sonar, pasukan penyelamat bertugas di tapak bencana secara bergilir, dengan jumlah terbatas dibenarkan pada satu-satu masa untuk mencegah keruntuhan selanjutnya, kata Cik Levine Cava.



Pasukan dari Mexico dan Israel tiba untuk membantu melegakan anggota penyelamat tempatan, yang kebanyakannya juga telah pergi ke lokasi bencana di seluruh dunia.



Di atas timbunan, ada yang menggunakan tukul untuk mencari tanda-tanda kehidupan. Peralatan berat juga digunakan di bahagian lapisan teratas.



Di bawah tanah, penyelamat yang memasuki tempat letak kenderaan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk mencari mangsa yang terselamat, kadangkala terkena serpihan yang jatuh, kata pegawai.



Ketua Penyelamat Bomba Miami-Dade, Encik Andy Alvarez, mengimbas kembali pengalaman pasukannya yang pernah menarik seorang gadis kecil keluar daripada puing gempa di Haiti setelah lapan hari melakukan usaha menyelamat.



"Anda harus mempunyai harapan. Kami melakukan segala yang kami mampu untuk mencari anggota keluarga anda yang masih hidup," kata Encik Alvarez kepada anggota keluarga yang mempunyai keluarga yang hilang di CNN, sambil berhenti sejenak setelah beliau mengalami perasaan emosi.



Bencana itu berlaku pada awal pagi Khamis, sedang banyak orang sedang tidur, apabila sebahagian besar bangunan tinggi berusia 40 tahun itu runtuh ke tanah.



Video yang dirakam oleh kamera keselamatan menunjukkan seluruh bahagian bangunan tiba-tiba terlipat di dua bahagian, satu demi satu runtuh, menghasilkan kepulan debu.



Bangunan 12 tingkat itu mempunyai lebih 130 unit, kira-kira 80 daripadanya dihuni, kata seorang pegawai. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >