Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Farah Nabilah nikah juruterbang 20 Disember

Oct 23, 2019 | 02:55 PM



KUALA LUMPUR: Pelakon yang menempa populariti menerusi drama bersiri, Titian Cinta, Farah Nabilah bakal menamatkan zaman gadisnya dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, pada 20 Disember ini.



Menurut Farah, 27, selain upacara akad nikah, mereka turut diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin lelaki pada 28 Disember, disusuli pihak perempuan pada 5 Januari depan.



Bercerita mengenai detik pertemuan dengan bakal suaminya itu, Farah berkata, mereka diperkenalkan oleh sahabat baiknya yang juga seorang pelakon, Izara Aishah.



“Pada awal perkenalan sekitar tujuh tahun lalu, saya memang tidak begitu melayannya kerana ketika itu, saya masih patah hati. Walaupun Izara cuba memujuk, saya tetap berkeras.



“Namun, sifat sabar dan tidak putus asa Amirul serta cara dia melayan kedua-dua orang tua saya, akhirnya membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai teman hidup,” katanya.



Pemenang trofi Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, selama ini, dia merahsiakan hubungan mereka bukan kerana bimbang popularitinya terjejas.



“Memang sejak dahulu lagi, saya kurang selesa berkongsi perkara peribadi. Lagipun, saya lebih suka peminat fokus dengan kerjaya saya.



“Apabila hubungan kami sudah sampai tahap serius dan yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya, baru saya berani mengumumkannya,” katanya dalam satu sidang media khas, di sini.



Farah dan bakal suaminya juga menjadi pasangan mempelai pertama yang bakal ditampilkan dalam portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular TV3, Mahligai Cinta, selain beberapa segmen program wanita lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >