Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FB hentikan kongsi kandungan berita di Australia

Ini selepas kerajaan Australia ingin gergasi teknologi untuk membayar kandungan yang dikeluarkan syarikat berita
Feb 19, 2021 | 05:30 AM



CANBERRA: Warga Australia semalam mendapati semua kandungan berita di laman Facebook mereka kosong selepas gergasi media sosial itu menyekat semua kandungan media secara mengejut dan sekali gus meningkatnya pertikaian dengan kerajaan mengenai isu pembayaran bagi kandungan berita.



Langkah itu segera dikritik penerbit berita, ahli politik dan penyokong hak asasi manusia, kebanyakannya menunjukkan bahawa maklumat kesihatan dan meteorologi rasmi yang penting juga telah dipadamkan sedang wabak koronavirus Covid-19 masih melanda dan pada puncak musim panas di Australia.



"Facebook salah, tindakan Facebook tidak perlu, mereka bertindak berlebihan, dan mereka akan merosakkan reputasinya di Australia," kata Bendahari Josh Frydenberg pada sidang akhbar di televisyen.



Encik Frydenberg berkata ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg, tidak memberi amaran mengenai penutupan berita ketika mereka berdua berbincang pada hujung minggu lalu mengenai undang-undang mendatang yang bakal memaksa mereka membayar penerbit media tempatan bagi kandungan berita.



Kedua-duanya mengadakan perbincangan "konstruktif" pada pagi semalam, kata Encik Frydenberg, sambil menambah bahawa mereka membincangkan apa yang disebutnya sebagai "tafsiran berbeza" tentang bagaimana tatalaku media yang baru akan berfungsi.



Tindakan drastik Facebook mencerminkan perbezaan daripada syarikat gergasi carian milik Alphabet Inc, Google, setelah mereka mula-mula bergabung untuk berkempen menentang undang-undang baru itu.



Kedua-duanya telah mengancam untuk membatalkan perkhidmatan di Australia, tetapi Google sebaliknya telah membuat perjanjian awal dengan beberapa pihak media dalam beberapa hari lalu.



Syarikat media milik Rupert Murdoch, News Corp, adalah yang terbaru untuk mengumumkan perjanjian di mana ia akan menerima "pembayaran besar" daripada Google sebagai tukaran untuk menyediakan kandungan berita.



Google enggan mengulas mengenai keputusan Facebook yang terbaru itu.



Undang-undang baru Australia dijangka menghendaki Facebook dan Google mencapai perjanjian komersial dengan penyedia berita yang pautannya mengarahkan lalu lintas ke platform mereka, atau dikenakan perbicaraan secara paksa untuk menyetujui satu harga yang perlu dibayar.



Facebook dalam kenyataannya berkata undang-undang itu, yang dijadual akan diluluskan oleh Parlimen dalam beberapa hari, "pada dasarnya salah memahami" hubungan antara pihaknya dengan penerbit dan ia menghadapi pilihan sukar untuk berusaha mematuhi atau melarang kandungan berita.



Perubahan yang dilakukan oleh Facebook memadamkan kedua-duanya halaman yang dikendalikan penerbit berita dan menghapus catatan oleh pengguna individu yang berkongsi berita Australia.



Cik Lisa Davies, editor akhbar harian The Sydney Morning Herald, yang dimiliki oleh Nine Entertainment Co Ltd, menulis di Twitter:



"Facebook telah meningkatkan peluang bagi wujudnya maklumat yang salah, radikalisme bahaya dan teori konspirasi untuk berkembang di platformnya."



Halaman Facebook bagi Nine and News Corp, yang secara bersama menguasai pasaran surat khabar metro negara itu, dan Australian Broadcasting Corp (ABC) yang dibiayai oleh pemerintah, dan bertindak sebagai sumber maklumat utama semasa bencana alam, didapati kosong. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >