Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

FDA luluskan rawatan antibodi percubaan yang diberi kepada Trump

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) telah memberi kebenaran kecemasan bagi rawatan antibodi percubaan yang diberikan kepada Presiden Donald Trump sejurus selepas beliau disahkan positif Covid-19, memberi satu lagi pilihan kepada doktor untuk merawat pesakit koronavirus itu sedang kes di seluruh negara terus meningkat.



Rawatan tersebut, yang dibuat oleh syarikat bioteknologi Regeneron, adalah campuran dua antibodi kuat yang telah menunjukkan hasil memberangsangkan dalam kajian awal untuk mencegah jangkitan itu, mengurangkan kunjungan perubatan di kalangan pesakit yang menerima ubat itu pada peringkat awal dijangkiti Covid-19.



Rawatan serupa, yang dibuat oleh Eli Lilly, diberi kelulusan kecemasan awal bulan ini.



Kebenaran kecemasan untuk ubat Regeneron terhad dalam skop: Ia adalah untuk orang yang disahkan positif Covid-19 dan yang berisiko tinggi menghidap Covid-19 teruk.



Bukti setakat ini menunjukkan bahawa rawatan antibodi berfungsi paling baik pada peringkat awal penyakit itu.



Seperti rawatan Eli Lilly, rawatan Regeneron tidak dibenarkan digunakan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital atau yang memerlukan oksigen.



Kebenaran kecemasan itu menimbulkan persoalan mengenai siapa yang akan mendapat akses kepada rawatan tersebut kerana secara purata lebih 168,000 orang disahkan positif Covid-19 setiap hari di Amerika dan hospital kehabisan katil.



Regeneron berkata ia akan mempunyai cukup ubat untuk hanya sekitar 80,000 orang menjelang hujung November, cukup untuk 200,000 pesakit pada minggu pertama Januari, dan 300,000 menjelang akhir Januari.



Selepas itu, syarikat tersebut berkata ia akan dapat meningkatkan pengeluaran hasil kerjasama dengan pengeluar Switzerland, Roche.



Regeneron telah menerima lebih $500 juta daripada pemerintah persekutuan untuk membangunkan dan menghasilkan rawatan tersebut.



Walaupun 300,000 dos pertama akan diberikan secara percuma, pesakit mungkin dikenakan bayaran bagi penyampaian rawatan itu; ia mesti diberikan di klinik atau hospital.



Presiden dan ketua pegawai saintifik Regeneron, Dr. George Yancopoulos, dalam satu kenyataan berkata beliau terdorong dengan keputusan vaksin baru-baru ini tetapi "masih ada keperluan untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19, terutama kerana segelintir mungkin tidak mempunyai akses ke atau tidak dilindungi oleh vaksinasi."



Sementara itu, firma bioteknologi Amerika, Moderna, akan mengenakan bayaran antara AS$25 ($33.59) dengan AS$37 kepada pemerintah bagi setiap dos vaksin Covid-19 yang ia hasilkan, bergantung kepada jumlah yang dipesan, kata Ketua Eksekutif Stephane Bancel kepada akhbar mingguan Jerman Welt am Sonntag (WamS).



"Vaksin kami berharga hampir sama dengan vaksin selesema, yang berharga antara AS$10 dengan AS$50," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >