Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Fed naikkan kadar faedah kali ketiga berturut-turut

Pengerusi Fed tegas 'terus berjuang' redakan inflasi
Sep 23, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON: Pengerusi Lembaga Simpanan Federal (Fed), Encik Jerome Powell, berikrar kelmarin bahawa beliau dan rakan-rakan penggubal dasarnya akan "terus berjuang" untuk meredakan inflasi.

Ini sedang bank pusat Amerika Syarikat itu menaikkan kadar faedah sebanyak tiga perempat mata peratusan untuk kali ketiga berturut-turut dan memberi isyarat bahawa kos pinjaman akan terus meningkat tahun ini.

Dalam satu ramalan baru yang membimbangkan, Fed meramalkan kadar dasarnya meningkat pada rentak lebih pantas dan ke tahap lebih tinggi daripada yang dijangkakan, ekonomi menjadi perlahan, dan pengangguran meningkat.

Encik Powell bersikap terus terang tentang "penderitaan" yang akan datang.

Beliau menyebut pengangguran yang meningkat dan pasaran perumahan yang merupakan sumber berterusan inflasi pengguna yang meningkat, sebagai kemungkinan memerlukan "pembetulan".

Awal kelmarin, Persatuan Ejen Hartanah Kebangsaan melaporkan bahawa penjualan rumah sedia ada Amerika susut untuk tujuh bulan berturut-turut bulan lalu.

Amerika mempunyai "pasaran perumahan yang baik... Terdapat ketidakseimbangan yang besar," kata Encik Powell dalam sidang akhbar selepas penggubal dasar Fed sebulat suara bersetuju untuk menaikkan penanda aras kadar faedah semalaman bank pusat kepada julat 3 peratus hingga 3.25 peratus.

"Apa yang kami perlukan ialah permintaan dan penawaran untuk menjadi lebih sejajar," katanya.

Data inflasi terkini menunjukkan sedikit atau tiada peningkatan, walaupun Fed mengetatkan dasar dengan agresif - ia juga mengumumkan kenaikan kadar 75 mata asas pada Jun dan Julai - dan pasaran buruh kekal teguh dengan kenaikan gaji juga.

Kadar dana persekutuan yang diramalkan untuk akhir tahun ini menandakan lagi 1.25 mata peratusan dalam kenaikan kadar akan datang dalam dua baki mesyuarat dasar Fed pada 2022, satu tahap yang membayangkan satu lagi kenaikan 75 mata asas dalam masa terdekat.

"Jawatankuasa amat komited untuk mengembalikan inflasi kepada objektif 2 peratusnya," kata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang menetapkan kadar bank pusat itu dalam kenyataan dasarnya selepas tamat mesyuarat dasar dua hari.

Fed "menjangkakan bahawa peningkatan berterusan dalam julat sasaran adalah sesuai".

Kadar dasar sasaran Fed kini berada pada paras tertinggi sejak 2008 - dan ramalan baru menunjukkan ia meningkat kepada julat 4.25 peratus hingga 4.5 peratus menjelang akhir tahun ini dan akhir 2023 pada 4.5 peratus hingga 4.75 peratus.

Encik Powell berkata laluan kadar yang ditunjukkan itu menunjukkan Fed "bertekad kuat" untuk menurunkan inflasi daripada paras tertinggi dalam empat dekad dan pegawai akan "terus melakukannya sehingga kerja selesai" walaupun dengan risiko pengangguran meningkat dan pertumbuhan menjadi perlahan hingga berhenti.

"Kita perlu berusaha menangani inflasi," kata Encik Powell kepada media.

"Saya mengharapkan ada cara yang tidak menyakitkan untuk melakukannya. (Tetapi) Tidak ada." - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3