Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Fed naikkan kadar faedah tertinggi sejak 2000 bagi kawal inflasi

May 06, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesar sejak 2000, dengan kenaikan setengah mata peratusan, sedang ia berusaha mengawal inflasi yang melambung tinggi di negara itu.



Dengan inflasi pada kadar tertinggi dalam tempoh empat dekad, pengerusi Fed, Encik Jerome Powell, memberi mesej langsung kepada rakyat Amerika, menyatakan kebimbangannya terhadap kesan perit disebabkan kenaikan harga, dan berjanji akan menggunakan semua cara yang ada untuk mengawalnya.



Namun, beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tetap yakin ekonomi negara itu cukup kuat untuk menghadapi kenaikan kadar faedah tanpa menyebabkan kemelesetan ekonomi.



Selepas kenaikan suku mata pada Mac, penetapan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bank pusat Amerika terbaru itu menjadikan kadar faedah penanda aras melebihi 0.75 peratus sedang ia berfungsi untuk menyejukkan ekonomi, dan mengesahkan lebih banyak kenaikan sesuai "akan diambil."



Kenaikan itu akan meningkatkan kos semua jenis pinjaman, daripada pinjaman rumah, kad kredit kepada pinjaman kereta, sekali gus mengurangkan permintaan dan aktiviti perniagaan.



Inflasi telah menjadi kebimbangan utama selepas ekonomi terbesar dunia itu menyaksikan harga pengguna tahunan melonjak 8.5 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Mac - lonjakan terbesar sejak Disember 1981.



Anggota Fed percaya inflasi akan beransur-ansur kembali kepada sasaran 2 peratus, apabila ia meningkatkan kos pinjaman, tetapi dalam satu kenyataan selepas tamat mesyuarat dua harinya, FOMC berkata ia akan "amat prihatin terhadap risiko inflasi."



Memulakan sidang akhbarnya, Encik Powell berkata langsung kepada rakyat Amerika:



"Inflasi terlalu tinggi. Dan kami memahami kesusahan yang ditimbulkan," katanya sambil berjanji akan menggunakan semua cara yang ada untuk menurunkannya "dengan segera".



Beliau mengakui kadar faedah lebih tinggi juga membawa keperitannya, tetapi "semua orang akan berada dalam keadaan lebih baik jika kita dapat menyelesaikan perkara ini. Lagi cepat lagi baik".



Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkata "peningkatan 50 mata asas tambahan harus dipertimbangkan pada beberapa mesyuarat akan datang".



Namun, kenaikan tiga suku mata yang lebih agresif tidak akan dipertimbangkan.



Encik Powell menambah, kenaikan 75 mata asas adalah "bukan sesuatu yang jawatankuasa sedang pertimbangkan secara aktif," mendorong kenaikan dalam pasaran saham Amerika.



Beliau menyatakan pembuat dasar kewangan negara itu melihat tahap "neutral" kadar dana Fed adalah 2 peratus hingga 3 peratus - dalam skop jangkaan buat 2022.



Matlamat Fed, kata Encik Powell, adalah mahu mewujudkan "pendaratan selamat," mengekang inflasi sambil mengelakkan penguncupan dalam aktiviti ekonomi, dan beliau berkata kemungkinan tersebut boleh dicapai.



"Ia ekonomi yang kukuh, dan tiada apa-apa mengenainya mencadangkan... bahawa ia hampir atau terdedah kepada kemelesetan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >