Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ferdinand Marcos Jr angkat sumpah sebagai presiden baru Filipina

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Encik Ferdinand 'Bongbong' Marcos Jr yang juga anak lelaki mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos, mengangkat sumpah sebagai presiden Filipina yang baru di Muzium Negara di ibu kota semalam.



Encik Marcos Jr, 64 tahun, memenangi pilihan raya bulan lalu selepas memperoleh kemenangan besar sejak bapanya digulingkan oleh pemberontakan popular rakyat pada 1986.



Beliau menggantikan Encik Rodrigo Duterte, yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.



Lebih 15,000 anggota polis, tentera dan pengawal pantai dikerahkan di seluruh ibu kota bagi acara perasmian itu.



Majlis angkat sumpah itu diadakan beberapa hari selepas Mahkamah Agung menolak satu percubaan terakhir untuk membuat Encik Marcos Jr hilang kelayakan daripada pilihan raya dan menghalangnya daripada memegang jawatan presiden.



Memandangkan kenaikan harga menghimpit ekonomi yang telah dilanda Covid-19, Encik Marcos Jr akan menjadikan usaha menangani inflasi, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pengeluaran makanan sebagai keutamaannya.



Beliau turut mengambil langkah drastik dengan melantik dirinya sebagai Menteri Pertanian untuk mengetuai baik pulih sektor berkenaan yang dilanda masalah selain berjanji untuk mempertahankan hak Filipina ke atas Laut China Selatan yang dipertikaikan termasuk yang dituntut China.



Namun, beliau tidak memberi banyak perincian tentang bagaimana beliau akan mencapai matlamatnya.



Encik Marcos Jr, yang penampilannya lebih sopan berbanding Encik Duterte, juga berjanji untuk 'sentiasa berusaha mencapai kesempurnaan' dalam menguruskan pemerintah termasuk memulihkan sosioekonomi negara itu.



Sejak berada dalam perkhidmatan awam selama lebih 25 tahun, beliau sudah mencatat perjalanan kerjaya yang luar biasa dalam pemerintah, selepas memegang pelbagai jawatan dalam cabang eksekutif dan legislatif di Filipina.



Penting kepada kejayaan Encik Marcos Jr ialah pakatan dengan anak perempuan Encik Duterte, Cik Sara, yang memenangi jawatan naib presiden dengan undian lebih banyak daripada beliau, dan sokongan keluarga politik lain.



Ramai menjangka Encik Marcos Jr kurang bertindak ganas dan lebih mudah diramal kepimpinannya berbanding Encik Duterte, tetapi aktivis masyarakat dan agama bimbang beliau boleh menggunakan kemenangannya untuk mengukuhkan kuasa. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >