Topik diikuti
Pergi ke BHkuFeri tenggelam di Mosul: Kematian melebihi 90 orang

Mar 23, 2019 | 5:30 AM
Feri tenggelam di Mosul: Kematian melebihi 90 orang
BAGHDAD: Jumlah kematian akibat kejadian sebuah feri tenggelam di Sungai Tigris di bandar Mosul, utara Iraq, kelmarin meningkat kepada 93 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, kata Kementerian Dalam Negeri.
"Seramai 93 orang terbunuh dalam kejadian feri tenggelam di Mosul, dan operasi mencari lebih ramai mangsa diteruskan," kata Encik Saad Maan, jurucakap kementerian itu, dalam satu siaran media, lapor agensi berita Xinhua.