Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Filipina arah penutupan rangkaian TV terbesar ABS-CBN

May 05, 2020 | 10:07 PM



MANILA: - Pihak berkuasa Filipina hari ini telah menutup syarikat media terbesar negara itu, ABS-CBN, yang sebelum ini sering menjadi sasaran President Rodrigo Duterte, sehari selepas lesen penyiaran yang diberikan pemerintah negara itu tamat.



Pesuruhjaya Telekomunikasi Nasional Filipina (NTC) mengarahkan ABS-CBN menghentikan penyiaran "kerana tidak mempunyai hak penyiaran seperti yang diperlukan oleh undang-undang". 



Konglomerat syarikat penyiaran radio dan televisyen berusia 73 tahun itu tidak ke udara petang tadi, sedang rayuan ke atas penutupannya dilakukan. 



Saluran TV ABS-CBN ditonton kira-kira dua dari setiap lima warga Filipina, yang berjumlah sekitar 40 juta. Rangkaian itu juga punya stesen radio popular yang punya 25 peratus dari keseluruhan pasaran. 



Ia memiliki saluran televisyen kabel, mengadakan kandungan program tambahan yang popular dengan jutaan warga Filipina di luar negara. Ini semua bagaimanapun tidak tertakluk di bawah perintah penutupan itu. 



ABS-CBN punya kira-kira 10,000 kakitangan.



Ramai di kalangan pembaca berita dan wartawan popular telah berkhidmat kepada negara sebagai naib presiden, senator, ahli kongres, gabenor dan datuk bandar. 



Encik Duterte telah mengancam untuk menutup ABS-CBN sejak menyandang jawatan pada 2016. 



Beliau menuduh rangkaian media itu menyebelahi seteru politiknya apabila ia enggan mengudarakan iklan politik beliau sedang beliau bertanding untuk jawatan presiden, menekankan ia merupakan satu "amalan penganiayaan cukup berat". 



Beliau juga menuduh rangkaian media itu mengelak cukai, menggunakan kata-kata kesat ke atas pemiliknya, yang merupakan waris kepada kerabat politik dan perniagaan yang sangat berkuasa. 



Beliau berkali-kali menyatakan tidak akan menandatangani satu undang-undang yang akan melanjutkan hak penyiaran ABS-CBN. 



Beliau memberitahu pemilik ABS-CBN untuk menjual pegangan mereka, sekaligus menimbulkan kemungkinan beliau ingin penyokongnya mengambil alih sebagai penyiar utama negara.



Para pemilik ABS-CBN, semasa sidang dengar kongres pada Februari lalu, telah meminta maaf kepada Encik Duterte.



Encik Duterte menerima permohonan maaf tersebut tetapi menekankan yang nasib rangkaian itu terletak di tangan Kongres. 



Para penggubal rang undang-undang bagi membenarkan hak penyiaran baru ABS-CBN berkata hari ini, mereka tidak menjangkakan arahan suruhanjaya itu. 



Pejuang kebebasan akhbar menyifatkan langkah ini sebagai satu langkah balas dendam.



Bagi kumpulan hak asasi, Karapatan, ia menyifatkan langkah penutupan itu sebagai "tidak dapat diterima sama sekali" kerana pemerintah memilih menutup ABS-CBN di tengah-tengah pandemik koronavirus, di mana "media yang bebas memainkan peranan penting dalam memaklumkan masyarakat dengan maklumat yang sesuai, disahkan dan menyelamatkan nyawa". - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >