Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filipina larang bersiul kepada wanita

Jul 16, 2019 | 9:36 AM
LARANG TINDAKAN SEKSUAL: Presiden Filipina Rodrigo Duterte tandatangani undang-undang yang kenakan hukuman bagi sebarang tindakan atau komen seksual yang tidak diingini dan tidak diundang terhadap sesiapa di tempat awam.
LARANG TINDAKAN SEKSUAL: Presiden Filipina Rodrigo Duterte tandatangani undang-undang yang kenakan hukuman bagi sebarang tindakan atau komen seksual yang tidak diingini dan tidak diundang terhadap sesiapa di tempat awam. - Foto EPA-EFE

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah menandatangani satu undang-undang baru yang melarang perbuatan bersiul dan gangguan berdasarkan jantina lain terhadap wanita dan anggota masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Dokumen yang dikenali sebagai Akta Jalan Raya dan Ruang Awam Selamat itu ditandatangani April lalu namun hanya didedahkan kepada media semalam (15 Julai).

Di bawah undang-undang itu, mereka yang melakukan tindakan atau mengucapkan komen berunsur seksual yang tidak diingini mahupun diundang di tempat awam termasuk bersiul boleh dikenakan denda yang berat.

Sesiapa yang melakukan gangguan seksual di dalam talian pula boleh dipenjara atau didenda antara 100,000 peso ($2,656) dengan 500,000 peso ($13,286), atau kedua-duanya sekali.

Warga asing yang melakukan gangguan seksual di dalam talian juga akan dihantar pulang ke negara asal mereka selepas menjalani hukuman penjara dan membayar denda. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg