Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS, Filipina saling sokong hadapi tindakan China di Laut China Selatan

May 5, 2023 | 5:30 AM
PERTEMUAN DUA HALA: Presiden Filipina, Encik Ferdinand Romualdez Marcos Jr. (kiri), diiringi Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin (kanan) semasa majlis ketibaan di Pentagon, pada Rabu. Encik Marcos, yang bertemu dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden pada Isnin, mengadakan pertemuan dua hala pada Rabu dengan anggota pentadbiran Encik Biden. - Foto AFP
PERTEMUAN DUA HALA: Presiden Filipina, Encik Ferdinand Romualdez Marcos Jr. (kiri), diiringi Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin (kanan) semasa majlis ketibaan di Pentagon, pada Rabu. Encik Marcos, yang bertemu dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden pada Isnin, mengadakan pertemuan dua hala pada Rabu dengan anggota pentadbiran Encik Biden. - Foto AFP -

MANILA: Amerika Syarikat teguh menyokong sekutu perjanjiannya, Filipina, berikutan gangguan oleh pengawal pantai China di Laut China Selatan baru-baru ini, dan amat prihatin terhadap "intimidasi" Beijing itu, kata seorang pegawai kanan Amerika pada Selasa.

Lawatan ke Amerika minggu ini oleh Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, membuktikan kekuatan dan ketahanan pakatan antara kedua-dua negara, kata Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Encik Daniel J Kritenbrink.

Filipina, pada Jumaat lalu, mendakwa pengawal pantai China melakukan "gerakan berbahaya" dan "tindakan agresif" di Laut China Selatan, dalam satu lagi pergeseran maritim antara kedua-dua negara.

China berkata kapal Filipina menceroboh perairan China dan sengaja membuat tindakan provokatif.

"Kami tetap amat prihatin terhadap gangguan berterusan dan kekasaran China ke atas kapal-kapal Filipina, yang melakukan rondaan biasa di sekitar zon ekonomi eksklusif Filipina, kata Encik Kritenbrink, dalam satu sidang melalui telefon dari Amerika.

"Tindakan dan perlakuan serupa oleh Beijing, tidak boleh diterima sama sekali."

Encik Kritenbrink juga berkata Amerika dan rakan-rakannya mengiktiraf akan peri pentingnya mengekalkan keamanan di Selat Taiwan.

Filipina dan Amerika, pada Isnin lalu menegaskan semula pakatan keselamatan mereka yang sudah berpuluh tahun lamanya, sedang kedua-dua negara mencari jalan untuk menangkis sikap tegas China berhampiran Taiwan dan di Laut China Selatan.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memberitahu Encik Marcos pada Isnin lalu bahawa Amerika tetap teguh untuk melindungi sekutu perjanjiannya.

Encik Marcos pula berkata tidak syak lagi bahawa "rantau ini sekarang berada dalam satu situasi yang paling rumit di dunia".

Di bawah pentadbiran Encik Rodrigo Duterte sebelum ini, yang anti- Amerika, hubungan antara kedua negara keruh kerana mantan presiden itu ingin berbaik-baik dengan China dan sering menegur Washington secara terbuka.

Namun, Encik Kritenbrink berkata beliau "amat yakin" terhadap hubungan dua hala antara mereka sekarang ini." - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg