KOTA KINABALU: Manila telah menolak dakwaan tentang sembarang kemalangan udara atau penemuan bangkai pesawat dalam wilayahnya.
Komander Tentera Laut Pasukan Petugas 61, Kapten Giovanni Carlo Bacordo, berkata pada Isnin (12 Okt) bahawa mereka telah mengerahkan sebuah kapal meriam bagi menyiasat dakwaan bangkai yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang terhempas lebih setahun lalu, telah dilihat di sebuah pulau di selatan Filipina.
"Kami menemuramah penduduk di Pulau Sugbay, nelayan, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya," kata Kapten Bacardo.
Sabtu lalu, satu laporan polis dibuat di Sandakan di Sabah tentang bangkai pesawat dengan bendera Malaysia di atasnya dilihat.
Encik Jamil Omar membuat laporan polis itu berdasarkan maklumat daripada ibu saudaranya yang mendakwa diberitahu mengenai bangkai pesawat tersebut oleh saudara-maranya yang memburu burung di Pulau Sugbay di Tawi Tawi minggu lepas.
Dilaporkan rangka dalam keadaan terduduk duduk siap memakai tali pinggang keselamatan dilihat di dalam pesawat itu
Encik Jamil berkata ia mungkin sebahagian daripada pesawat MH370, yang hilang Mac tahun lalu dalam dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. - The Star/Asia News Network