Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filipina tutup lapangan terbang kerana tandus ruang kuarantin

May 3, 2020 | 8:16 PM
DITUTUP SEMINGGU: Lapangan terbang Filipina kini ditutup buat penerbangan komersial selama seminggu kerana ruang kuarantin tidak lagi mampu menampung tambahan pekerja Filipina yang pulang dari luar negara. - Foto AFP
DITUTUP SEMINGGU: Lapangan terbang Filipina kini ditutup buat penerbangan komersial selama seminggu kerana ruang kuarantin tidak lagi mampu menampung tambahan pekerja Filipina yang pulang dari luar negara. - Foto AFP -

MANILA - Filipina telah menutup semua lapangan terbangnya buat penerbangan komersial bagi seminggu bermula hari ini (3 Mei) kerana tampungan ruang kuarantinnya yang sampai ke tahap maksimum menyusuli tambahan pekerja Filipina yang pulang dari luar negara.

Keputusan ini membuatkan ribuan warga Filipina terbiar terjerat di lebih 40 negara dengan mereka perlu menangani sendiri penularan wabak Covid-19 di negara tersebut.

Kebanyakan daripada mereka pula sudah kehilangan pekerjaan. Ramai ternyata marah dengan pemerintah Filipina kerana mengenalkan perintah tersebut secara mendadak selepas arahan rasmi yang tidak dapat dipastikan kesahihannya tersebar menerusi media sosial.

"Keadaan ini membingitkan," kata Encik Roldan Abarentos, seorang pelaut dalam satu pos Facebook. "Sebagai pelaut, kami mahu pulang ke negara kami. Kini kami terperangkap dalam kapal dan arahan penutupan lapangan terbang ini dibuat tanpa notis lanjutan," katanya lagi. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg