Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Finland ingin sertai Nato 'tanpa lengah'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Finland ingin sertai Nato 'tanpa lengah'

May 13, 2022 | 05:30 AM

HELSINKI/KHARKIV: Finland semalam menekankan keperluan mengemuka permohonan menyertai perikatan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (Nato) "tanpa lengah", dengan Sweden dijangka akan menyusulnya, sekali gus memberi gambaran pencerobohan Russia ke atas Ukraine akan membawa pengembangan perikatan tentera Barat yang bertujuan menghalang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.

Keputusan oleh kededua negara Nordic mahu meninggalkan dasar berkecuali yang mereka kekalkan sepanjang Perang Dingin akan menjadi salah satu perubahan terbesar dalam geopolitik Eropah dalam beberapa dekad.

Kremlin berkata tindakan Finland itu "sudah tentu" ancaman kepada Russia dan perluasan Nato yang diketuai Amerika Syarikat tidak akan menjadikan Eropah atau dunia lebih stabil.

Salah seorang sekutu terdekat Presiden Putin pula memberi amaran kepada Barat bahawa peningkatan sokongan ketenteraan yang diberikan kepada Ukraine oleh Amerika dan sekutunya berisiko mencetuskan konflik antara Russia dengan Nato.

Sementara itu, Ukraine melaporkan ia telah berjaya menolak tentera Russia dalam serangan balas yang boleh menandakan peralihan dalam momentum perang dan menutup aliran gas di laluan melalui wilayah yang dikuasai Russia.

Perkembangan itu meningkatkan risiko krisis tenaga di Eropah. - Reuters.

LAPORAN SELANJUTNYA: Moscow mula sekat bekalan gas ke Eropah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3