Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Finland jadi anggota ke-31 Nato

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



BRUSSELS: Finland menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ke-31 pada Selasa, dalam anjakan strategik bersejarah yang dicetuskan oleh perang Russia ke atas Ukraine, sekali gus menggandakan kawasan sempadan pakatan ketenteraan pimpinan Amerika Syarikat itu dengan Moscow.



Menteri Luar Finland, Encik Pekka Haavisto, menyerahkan dokumen penyertaan Finland kepada Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, di Brussels, menandakan kemasukan rasminya ke dalam kumpulan perikatan itu.



"Kami kini boleh mengisytiharkan bahawa Finland ialah anggota ke-31 Nato," kata Encik Blinken.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata beliau "berbesar hati" untuk mengalu-alukan Finland ke Nato.



"Bersama-sama - diperkukuh oleh sekutu terbaru kami Finland - kami akan terus memelihara keselamatan transatlantik, mempertahankan setiap inci wilayah Nato," kata Encik Biden dalam satu kenyataan.



Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, berkata:



"Finland menjadi lebih selamat dengan menjadi anggota pakatan di mana kami menjamin keselamatan semua sekutu.



"Dengan menjadi anggota penuh, kami akan mengurangkan salah perkiraan di Moscow tentang kesediaan Nato untuk melindungi Finland dan menjadikan Finland lebih selamat dan Nato lebih kuat."



Presiden Finland, Encik Saul Niinisto, berkata sumbangan Finland yang paling penting kepada pencegahan dan pertahanan bersama Nato ialah keupayaan mempertahankan wilayahnya sendiri.



Masih ada tugas penting yang perlu dilakukan untuk menyelaraskan perkara ini dengan Nato, katanya.



"Ia adalah hari yang hebat buat Finland dan saya ingin mengatakan bahawa ia adalah hari yang penting buat Nato," kata Encik Niinisto pada sidang akhbar bersama dengan Encik Stoltenberg.



Pada 2022, pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah menjejas landskap keselamatan Eropah dan mendorong Finland - dan jirannya Sweden - untuk menggugurkan dasar lamanya untuk bersikap berkecuali.



Anggota Nato, Turkey dan Hungary, atas sebab-sebab tersendiri, sebelum ini menangguhkan usaha Finland untuk berada di bawah payung Nato - dengan kemasukan Sweden pula masih lagi tersekat.



Minggu lalu, Parlimen Turkey mengundi untuk melepasi halangan terakhir Finland. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >