Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Finland jadi anggota terbaru perikatan ketenteraan Nato

Apr 5, 2023 | 12:00 PM
94594c04-caae-48a8-b559-ae865160bad8
-

BRUSSELS - Finland menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) ke-31 pada Selasa, dalam anjakan strategik bersejarah yang dicetuskan oleh perang Russia ke atas Ukraine, sekali gus menggandakan sempadan pakatan ketenteraan pimpinan Amerika Syarikat itu dengan Moscow. Menteri Luar Finland, Encik Pekka Haavisto, menyerahkan dokumen penyertaan Finland kepada Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, di Brussels, menandakan kemasukan rasminya ke dalam kumpulan perikatan itu. "Kami kini boleh mengisytiharkan bahawa Finland ialah anggota ke-31 Nato," kata Encik Blinken. Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata beliau "berbesar hati" untuk mengalu-alukan Finland ke Nato. "Bersama-sama - diperkukuh oleh sekutu terbaru kami Finland - kami akan terus memelihara keselamatan transatlantik, mempertahankan setiap inci wilayah Nato," kata Encik Biden dalam satu kenyataan. Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg berkata: "Finland menjadi lebih selamat dengan menjadi anggota pakatan di mana kami menjamin keselamatan semua sekutu. "Dengan menjadi anggota penuh, kami mengurangkan salah perkiraan di Moscow tentang kesediaan Nato untuk melindungi Finland dan itu menjadikan Finland lebih selamat dan Nato lebih kuat." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg